Selasa, 29 Mac 2011

Aku Dan Kisah Hidup

Selasa, 29 Mac 2011
HATI SEORANG IBU......

Bergelar seorang ibu memang amat membahagiakan..Namun gelaran tersebut menjadikan jiwa aku cukup sensitif .....Apatah lagi bila berhadapan dengan karenah anak2 yang cukup mnguji kesabaran jiwa......Air mata amat mudah mengalir walaupun hal2 yang kecil dan remeh....Walhal anak2 masih mentah lagi dan amat memerlukan perhatian.......Kenakalan anak2 boleh mngundang air mata...Kegagalan anak2 mencapai kcemerlangan dalam peperiksaan mngundang lara di jiwa.....Semuanya bersatu dalam hati dan jiwa aku menjadikan emosiku tidak stabil...

Itu belum masuk bab sakit lagi...Kalau anak sakit, aku yang cukup gelisah dan resah, semua yang dibuat bagaikan ada yg tak kena.Rela berkorban dan ketepikan segalanya... Jika boleh, ingin dipindahkan kesakitan itu pada diri ini...Biar aku yg tanggung kesakitan itu....Betapa sayangnya kita pada anak2...tidak boleh ditukar ganti..Pastinya semua ibu akan merasai apa yg aku rasa...

Teringat aku zaman kanak2 dan remaja dulu..selalu sangat melawan cakap ibu...Sepatah ibu bersuara..sepuluh patah yang keluar dari mulut ku.....tapi masa tu tidak pernah terfikir dibenakku..adakah ibu terasa hati dgn perbuatan aku ...Tetapi setelah bergelar ibu...barulah aku sedar semua tu...bila anak tdk mndngr kata...terasa luruh jantung...rasa macam tdk dihargai..dan seribu satu macam rasa disudut hati...tetapi aku cuba kawal diri......memang sifat anak2....kadang2 agresif, degil dan tidak mndngar kata...terutama anak2 lelaki....Hanya kesabaran menjadi raja dihati...


Semua ibu bapa inginkan yang TERBAIK untuk anak2.Begitu juga dgn aku...anak adalah ANUGERAH yg tidak TERNILAI...Kita yg mnjadi contoh dan idola kepada mereka...Dan...Kita akan bahagia jika mereka bahagia...Hanya KASIH SAYANG kita mengikat segalanya...


Semoga anak2 kita menjadi anak yang TERBAIK dan CEMERLANG di dunia dan akhirat....

 

Sabtu, 26 Mac 2011

AKU DAN MAKANAN

Sabtu, 26 Mac 2011
JUNK FOOD.....CEPATKAN PENUAAN!!!!!!!!!!!
                                                                           

                                                                               

MENIKMATI ayam goreng, burger atau pizza bersama minuman sejuk bergas memang menyelerakan.
Tetapi AWAS!!!!! apabila kita sudah terbiasa dgn makanan segera atau JUNK FOOD ini,
 sudah pasti sukar untuk mngikisnya..Rasanya yang sedap dan lazat menyebabkan kita sentiasa
 ingin menikmati makanan tersebut.

                                        imej pinjm dri google
Menurut Sekumpulan pengkaji dri Universiti Glasgow, Scotland, ketagihan pada makanan segera
akan mnyebabkan proses PENUAAN WAJAH menjadi lebih ketara sebelum
waktunya!!!!!!!!

Seperti yang diketahui, antioksidan berfungsi untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga
kerosakan yang disebabkan oleh partikel radikal bebas dapat dimusnahkan.
Jueteru, apabila kita terlalu bnyak menikmati makanan segera yang tinggi kolestrol
dan rendah khasiat, badan kita akan kekurangan antioksidan 
dan penghasilan kologen untuk kulit juga kian merosot.

Jadi..macammana???? kepada penggemar makanan segera terutama WANITA..hati-hatilah...
Kalau mahu AWET MUDA...JAUHI JUNK FOOD!!

MP sendiri pun memang suka.....terlalu suka junk food terutama pizza.....Tak kisahlah
apa orang kata...tinggi kolestrol ke, mudah gemuk ke..jnji benda tu sedap..
Tapi bila baca kenyataan ni...nampaknya, Mp kena kurangkan makan junk food ni..
Tak mahu kelihatan lebih tua drpada usia..padahal memang dah tua pun...
Takut jugak!!!!!
Tak pelah...di samping tu dapat jugak kurangkan lemak yang semakin menebal di perut...

        sumber rujukan : MAJALAH HARMONI



AKU DAN CATATAN

 BUNUH DIRI!!!!!!!!!!!!!!!!



Sebut saja bunuh diri..rasanya dah mnggigil tubuh kita, ada yg mngikat tali pada pokok,terjun dari bngunan dan pelbagai cara lagi yg dilakukan untuk bunuh diri. Kejadian BUNUH DIRI atau cubaan bunuh diri makin menjadi2 pulak....Boleh dikatakan setiap mnggu kita disajikan dngan berita ini...Menurut Perangkaan dari Pendaftar Bunuh Diri Nasiaonal (NRSM) antara Jan- Ogos 2010,  425 kejadian bunuh diri telah direkodkan iaitu lebih kurang 60 kjadian stiap tahun atau 2 kejadian setiap hari.

Menurut pakar psikologi UKM. Prof Dr. T.Maniam, kadar bunuh diri di negara kita dianggarkan antara 10-13 bagi 100,000 orang dan ini hampir sama dgn kadar di Amerika Syarikat. Manakala kadar di Jepun ialah 30 dlam setiap 100,000.

Seorang pelajar prmpuan berusia 17tahun dari Melaka telah mmbuat gempar apabila terjun dari tingkat dua bngunan sebuah sekolah.Manakala di Kuala Lumpur, seorang prempuan mencampakkan anak prempuannya berusia 5 tahun dari tingkat empat sebuah pngsapuri. Dia kmudian trjun untuk mati bersama anaknya.

Bangi, Selangor, seorang ibu mmbunuh dua orang anak prempuannya berumur 4 dan setahun dgn memberi mreka minum racun.Dia kmudian mnghirirs pergelangan tangannya sbagai percubaan bunuh diri...Namun dia berjaya diselamatkan.

Dan yg trebaru,  kita digemparkan dng berita seorang prmpuan berusia 20-an yg cuba trjun dari tingkat 3 sebuah pusat beli-belah (KB Mall) di Kota Bharu. Namun cubaannya gagal walau pun dia sempat terjun.Panjang umur lagi!!!!!!

Tekanan hidup merupakan salah satu punca sseorang membunuh diri...Masalah keharmonian rumahtangga, masalah peribadi sprti putus cinta, gagal dlam periksa, dikhianat dan sebagainya mnyebabkan sseorang hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir secara rasional.Terlalu kecewa dan mnganggap orang persekitaran tidak mempedulikannya mnybbkan mereka mencari jalan mudah!!!!!

Emosi yang tidak stabil myebabkan mereka nekad membunuh diri tanpa berfikir pnjang bila berdepan dgn pelbagai masalah.....



Semua orang mnghadapi masalah....dan semua orang diuji oleh Allah dgn ujian yg berbeza...Mengapa kita mesti mencari jalan mudah dgn menamatkan riwayat kita sendiri dan anak2 yg tidak berdosa...????????Apa saja masalah yg datang..tentu ada jlan pnyelesainnya....Sebagai umat Islam, kita sepatutnya tabah dan sabar serta berusaha mencari jalan keluar.......Apapun, sbgai orang Islam, tiada pegangan agama yg kukuh menjadi punca sebenar sseorang membunuh diri.....
                                                                                                     sumber rujukan: majalah i

Ahad, 20 Mac 2011

Aku Dan Kisah Hidup

Ahad, 20 Mac 2011
MINAH JENIN

Setiap petang Jumaat, pastinya Mp akan melekat di hadapan tv..Time ni ler berebut rmte ngan anak2..Dan pastinya anak2 akan mngalah dek kegarangan Mp..Nak tau citer apa???? ASTANA di ASTRO RIA yang di hoskan oleh Kak Nita ....Memang suka tgk rancngan ni...Bukannya apa, truja tgk rumah orng2  kaya ni...Rumah bagai ISTANA, kereta menjalar di laman rumah..macam show room pulak...dng perabutnya yang mmng cantik giler...dan paling MP suka tgk hndbg dan kasut tuan punya rumah..fuhhhhhhhhhh..semuanya jenama trsohor.(.tumpang tengok jerlah...)
Dan lepas tu..mulalah MP mencipta angan2 Minah Jenin ni....Kalaulah aku kaya....(bila agaknya nak kaya...tapi paling suka makan roti ngan kaya)
Tapi tak salahkan mencipta angan2...biarpun sampai kucing brtanduk rasanya tinggal angan2...kalau Mat Jenin mati dek angan2...tapi Minah Jenin ni ..taklah sampai mati kot...mngkin tertiarap atau trtonggeng jer...Isyyyhhhh..KESIAN...

Angan2 Minah Jenin yg pertama..
Nak beg LV...nak jugak!!!!
Tapi tak nak lah yg mcam ni...ni Datuk  Siti punya hadiah drpada Datuk K...Reganya sekitar RM40.000...huh..ulang skali lagi..RM40 ribu....aduhhhh hampir pitam tgk reganya...
Memng MP TAK MAMPU....dapat keta sebijik dgn rega tu..
Mp dgn manjanya britahu En.Hubby pasal beg LV ni...mana tau dia boleh bgi...padahal mmng tau ..takkan dpat punya..En.Hubby pun dng menggodanya britahu..'ukur baju dibadan sendiri'......laaaa rasanya semua bju yg dipakai muat jer...emmmmm tak pelah...dalam hati ada ribut taufan!!!!!

Angan2 Minah Jenin yang Kedua..
Nak sebuah jam tangan Tag Heuer..yang ni sampai trmimpi2...Nak yg ori punya...cap Petaling Street tak mainlah....
Dah bnyak kali pujuk En. hubby...tapi dia buat  derk jer....
Tapi yang Mp nak bukan model ni....dah belek2 kat kdai jam..kalau dihitung dah brpuluh kali ke kedai jam..belek jam Tag ni..sampai meluat tuan pnya kedai...
Macam2 cara pujuk En. hubby...RM9000..mana ler tak trbeliak biji mata dia..Nak beli sendiri??? Harapkan gaji Mp yg ciput ni...tak merasalah..kena kumpul duit brtahun ni...
Tak pe lah..dapat pegang pun jadilah...Tapi harap2 En Hubby dapat beli....kalau tak kempunan ler...
Kalaulah dapat.......dunia ini ana yg punya....

Angan2 Minah Jenin yang Ketiga


Nissan Murano....memang hebat,cun, kacak bergaya....Dah lama Mp mngidam keta ni...Selalu jugak g tgk dan intai2 tempat mnjual keta....Dan selalu jugak mnyuarakan keinginan hati pada En Hubby..elehhhh..dia kata setakat Murano tu dia boleh bagi....wahhhh...gembiranya hati...emmmm dalam hati ada taman yang indah!!!!
Tapi kena bayar sendiri....huhuhu mana lah Mp mmpu nak bayar ansuran keta ni tiap2 bulan...Nak beli baju lagi, kasut lagi, tudung lagi....
Tak pelah...Mp guna jer keta Mp yg sedia ada... masih cantik..elok..dan tak prnah mnmbulkan masalh..(keta ni En hubby bayar tiap2 bulan)..janji Mp tak keluar duit tuk bayar ansuran keta...Mp ni jenis yg kedekut tahap gaban....

OK..STOP LER BERANGAN MINAH JENIN OIIIII....!!!!!!!!!
SEDAR2 KAN LAH DIRI TU....

        gmbr2 kat sini pinjam ngan pakcik google

Jumaat, 18 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Jumaat, 18 Mac 2011
CANTIKKAH KITA?????????

Semua wanita ingin cantik dan sempurna...
Ada yg berangan-angan ingin secantik Erra Fazira dan secomel Siti Nurhaliza...
Kadang2 terbit rasa cemburu di hati melihat kecantikan wanita lain..
Terdetik dalam hati kita..'kenapa aku tidak secantik dia?????'


Kecantikan adalah perkara subjektif yang sukar ditentukan kriterianya..Ada yang menilai kecantikan dari sudut rupa paras,ada yang menlai kecantikan dari senyuman dan ada juga melihat dari budi bahasa..Kita semua mempunyai persepsi berbeza dalam menilai kecantikan... .Jika kita tidak cantik...kita boleh mencantikkan hati kita kerana dengan keluhuran hati akan menaikkan seri wajah..
Kecantikan bukan hanya terletak pada paras yang indah..tetapi juga meliputi tutur kata dan tingkah laku yang  sopan.
Rupa paras yang indah hanya bonus....tetapi tidak ada gunanya jka kita mensia-siakan bonus tersebut 
dengan perlakuan yang buruk....

'AGAR MATAMU TERLIHAT CANTIK...PANDANGLAH PADA KEBAIKAN ORANG LAIN,
AGAR BIBIR BASAHMU TERLIHAT LEBIH CANTIK, TUTURKANLAH KATA2 YANG SOPAN'

Rabu, 16 Mac 2011

Aku Dan Hobi

Rabu, 16 Mac 2011
TAMAN DI LAMAN

Hari ini Mp nak berkongsi hobi Mp lagi....Kalau dlam entry lepas pasal novel, tapi kali ni pasal Taman di Laman Mp.....Mp jenis yg memang minat...bukan main2..tapi betul2 minat bab menanam pokok bunga...Pelbagai jenis pokok bunga ada di laman Mp...Dan semuanya tumbuh subur mnghijau..emmmm sperti tuannya lah...Cukup baja, disiram, dijaga, dibelai....dan diberi sepenuh kasih sayang.....Time cuti sekolah ni paling seronok..Mp dapat bersama 'buah hati' Mp ni setiap masa..mmng seronok!!!Ok..jom tengok gmbar 'buah hati' Mp ni..

Jangan tanya pulak nama pokok2 ni...mmng MP tak tau....cuma reti tanam jer....pah tu membaja dan siram...yang penting subur dan indah dipndngan...MENGHIJAU...

Semua pokok ni jenis yg tidak berbunga...bukan tak minat pada pokok berbunga..tetapi Mp lebih suka pokok yang berdaun jer walaupun Mp paling suka pada bunga ros dan orkid.

Semua pokok ni Mp beli dari nrsry di merata2 tempat.....tetapi ada juga yg diberi oleh kawan2.......yang penting ianya menarik perhatian.......


Beberapa orang kawan Mp mngatakan hobi Mp ini membazir..Yelah..dia orang kata lebih baik tanam sayur...dapat jugak hasilnya....Tapi problemnya...Mp tak suka menanam sayur......Kalau dipikirkan memang betul jugak....dapat jugak jimat wang.......Tanam sayur kena fikir kemudian......

Sabtu, 12 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Sabtu, 12 Mac 2011
BETUL KE WANITA KUAT BERLETER??????????

Kajian di London mendapati bahawa golongan isteri berleter 7,920 minit setahun terhadap suami mereka.Tempoh masa ini bersamaan 2 jam 30 minit setiap minggu. 11 jam sebulan atau hampir 6 hari dalam setahun. Kajian dilakukan terhadap 3000 orang dan mendapati leteran isteri disebabkan oleh suami yang tidak membantu isteri mengemas rumah, tidak membasuh pinggan mangkuk dan tidak mendapat rawatan doktor.


Kajian ini juga mendapati isteri tidak rasa bersalah apabila berleter dan pada masa yg sama suami berasa bahawa leteran isteri adalah betul walaupun mereka mengakuinya secara rahsia. Seramai 87% wanita mengakui mereka tidak malu berleter kerana terlalu sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu perkara ke arah kebaikan. Strategi berleter dikatakan amat berkesan untuk kebaikan bersama walaupun suami tidak mnyukainya.


p/s...Itu kajian di London..Di Malaysia, tak taulah..Tapi bagi pendapat peribadi MP, isteri berleter ni bersebab..bukan saje2 nak pot pet pot pet.....untuk suami, anggaplah leteran isteri irama merdu yg mngasyikkan...Jngan pulak tutup telinga dan blah semasa isteri berleter..cuba dgr..ada mesej di sebalik leteren tu...ITULAH KEISTIMEWAAN WANITA.!!!!!!!!!!!!..MP sendiripun..kalau tak berleter dalam sehari..mulut ni rasa payau jer....

Rabu, 9 Mac 2011

Aku dan Hobi

Rabu, 9 Mac 2011
GILA MEMBELI @ GILA MEMBACA


ASSALAMUALAIKUM.......

Entry kali ini MP nak berkongsi pasal hobi MP iaitu membaca novel.Memang dari sekolah lagi MP suka membaca novel dan pilihan tentulah terbitan Alaf 21....(Terbitan lain pun beli jugak..sprti Kakinovel)

Kalau zaman sekolah dulu, sanggup perabih duit biasiswa semata2 nak beli novel..Lepas tu sanggup dop di kedai buku berjam2 tuk membaca sinopsis novel sbelum membelinya..Yelah..kena berjimat...Itu belum lgi bab menghayati novel tersebut...menangis teresak2, ketawa dan tersenyum adalah perkara lumrah ....Sanggup ketepikan tidur untuk menghabiskan novel...kawan2 dan keluarga tidak boleh ganggu...mmng betul2 FOKUS!!!!!

Tapi lain hal pulak bila kerja ni...minat membaca masih menebal..cuma kekangan masa mnyebabkan bacaan sering trtangguh..Namun  MP  masih lagi mencari novel2 terbaru di pasaran..Tmbahan pulak persaingan drpda penerbitan buku membolehkan kita membuat pelbagai pilihan..Terlalu bnyak novel2 yang menarik ditulis oleh penulis2 baru..(tetapi Alaf 21 tetap di hati)...

Kalau dulu..MP memng gila membaca novel..tapi kini berubah menjadi gila membeli novel....Nak baca tak sempat..so beli jer dan simpan...


 Antara novel2 yang MP  beli dan masih tersimpan rapi dalam almari..pembalut plastik pun masih belum di buka....

Hampir semua novel ni merupakan novel cinta dan keluarga..Rasanya kalau dikumpul hampir 30 buah novel yang dibeli tapi masih belum trusik lagi...Tapi jng terkejut pulak..ada juga novel yang MP baca separuh jalan...ye lah baca sinopsis sikit punya menarik...alih2 bila baca novel tersebut..jalan citer berterabur...Namun ia..bergantung pada persepsi  masing2...

Bila agaknya nak baca semua novel2 ni???? MP ...tunggu time cuti sekolah!!!.....Itupun kalau habis..kalau tak..simpan jer lah buat koleksi...




..


Sabtu, 5 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Sabtu, 5 Mac 2011
CERAI 15 MINIT!!!!!!!!!!!!!!


Amat mngejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia berlaku dalam tempoh setiap 15 minit..kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim...
Kadar perpisahan  ini amat membimbangkan..Beliau mnyatakan bahawa banyak faktor yang mnyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri ini...antaranya suami atau isteri yang tidak mnjalankan tanggung jawab dan tidak menjaga solat......Statistik 2009 mnunjukkan bahawa jumlah kes penceraian meningkat tahun demi tahun.Timbalan Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustafa berkata kes penceraian yg direkodkan 27,110 drpada 135,136 prkahwinan.

Namun begitu...terdpat juga kes penceraian di sebabkan oleh laman sosial Facebook.......Perbincangan secara terbuka tentang masalah rumah tangga dan sikap suka mmburukkan pasangan juga turut mngundang padah...Fenomena ini begitu ketara..apatah lagi bila pasangan mula mencari kekasih lama dan berhubung kembali melalui laman sosial ini....hal ini menjadi punca pergolakan dalam rumahtngga...Jangan hanya menuding jari menyalahkan sebelah pihak...selamilah hati pasangan kita, agar perhubungan brkekalan..

TIPS MENGELAKKAN PENCERAIAN..

1. KOMUNIKASI DUA HALA
2. KETERBUKAAN TENTANG MASALAH SEKS
3. MENERIMA PASANGAN SEADANYA
4. JANGAN BIASAKAN BERBOHONG
5. JANGAN CEMBURU BERLEBIHAN
6. HINDARI KECURANGAN
7. CARI ORANG TENGAH
8. TETAP MESRA
9. PASRAH KEPADA YANG ESA



Khamis, 3 Mac 2011

Aku dan Puisi

Khamis, 3 Mac 2011
BINTANGKU..

Bulan....
Nyatakan padaku.....
Ke mana menghilangnya bintangku....
Tiada lagi kerdipan sinar...
Tiada lagi suluhan cahaya....
Yang ada cuma gelita...
Yang ada cuma kelam di jiwa..

Bulan...
Andai bintang sembunyikan diri...
Kau nyatakan padanya...
Aku amat merinduinya...
Rindu pada sinarnya..
Rindu pada kerdipannya...
Rindu pada cahayanya...
Muncullah..walau sebentar cuma...

Bulan...
Andai bintang tidak sudi...
Kau nyatakan padanya...
Aku akan tetap setia di sini...
Menanti dan terus menanti..
Walau tidak diperlukan lagi..
Walau hati telah dilukai...
Kerana hnya cahayanya mampu menerangi kegelapan ini..

Bulan.....
Andai bintang tidak berpaling lagi...
Nyatakan padanya....
Dia tetap bertakhta di hatiku..
Dia tetap pengubat laraku..
Walau sinarnya telah kelam..
Walau cahayanya makin suram..
Kerana..
Hanya bintang dihatiku....
Tak mungkin ada pengganti..
Walau seribu yang menanti..






Rabu, 2 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Rabu, 2 Mac 2011
TIPS UNTUK TINGKATKAN MEMORI

Kangkung, brokoli dan semua jenis sayur-sayuran  hijau dapat membuatkan otak kita berfungsi
dengan lebih baik..


Menurut apa yg tercatat dlam jurnal Neulogi, kesan drpada pengambilan sayur-sayuran hijau sebnyak
dua kali sehari akan mnjadikan memori kita lebih kuat dan akan berfungsi
seperti lima tahun yang lalu..

HEBAT BUKAN???????

Justeru mulai sekarang....rajin-rajinkanlah diri kita menikmati sayur-sayuran hijau..Selain dapat menyihatkan badan......memori kita juga menjadi bertambah baik berbanding sebelumnya..!!!!!!!


 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang