Sabtu, 9 Julai 2011

CONTEST PALING SIMPLE......!!!!!!! (CPS)

Sabtu, 9 Julai 2011


13 JULAI...HARI LAHIR MP..

Sempena dengan hari lahir MP, satu contest paling simple akan diadakan...(pertama kali nak buat contest ni..harap2 ada yg join yer)..

SYARAT-SYARATNYA :

1. Mesti mnjadi fllowrs MP..kalau dah..teruskan...(tak wajib pun)..

2. Buat satu ucapan hari lahir yg paling menarik utk Mp sama ada dlam bntuk puisi pendek, pantun, madah,gurindam dan sebagainya di tempat komen bawah entry ini....Tak perlu pnjang berjela..

3.Tak payah buat ntry apa2 pasal CPS ni kat blog anda... 

4. Ucapan dalam Bahasa Melayu sahaja di terima...

5. Hanya terbuka utk rkyat Malaysia dan beralamat di Malaysia shaja..

6. Tarikh tutup  pada 20 Julai 2011.

HADIAH

Hadiah utama bernilai RM159.00
(gambar hadiah akan di upload pada 20 Julai nnti)
*boleh melaram pada raya nnti*

Tiga hadiah lagi utk tiga pemenang bertuah selain hadiah utama

Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh penaja MP..

Oppss lupa...kalau nak join, jgn lupa tnggalkan jejak anda yaa..



gmbar p/cik google

33 ulasan:

sud@is berkata...

hepi besday coming soon MP
kot terlupa...

NzA berkata...

nk wat sajak, pantun ke, gurindam ke mmg la xreti sungguh..nk wat guano cikgu math dok main dgn nombor jah....hi...oklh nk try nie....

M=Memang unik gelaran yg diguna
U=Umpama simbolik penuh bermakna
L=Lain org lain caranya
U=Umpunya diri saja yg tau
T=Tentang semua itu.....

P=Pertama kali ku ingin ucapkan "SELAMAT ULANG TAHUN"
A=Agar MP sntiasa di rahmati n diberkati ALLAH
Y=Yang berlalu usah dikenang
A=Akan dtg sedang menanti
U=Usia tetap silih berganti.....

link akak:
http://4fn1mn.blogspot.com

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

Pertama sekali..ucapan selamat hari lahir utk MP..semuga di rahmati Allah selalu.

Kedua..terima kasih atas perkenalan ini..semuga berpanjangan..

Ketiga...mai ler Penang..kpah belanja jeruk...

Keempat...suksess dlm pekerjaan dan kehidupan...

Kelima...rajin2 lah ziarah blog kpah yaaaa...

Sekian..heee..

Zaitun berkata...

Selamat ulang tahun buat mp semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Acik Erna berkata...

MP..13 julai ye..nanti baru acik ucapkan
insyaallah moga tak lupa ..

azieazah berkata...

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat MP, moga terus sejahtera dan ceria selalu.



Bunga ros indah berkembang,
Di taman bunga puteri berdendang,
Lagu selamat diulang-ulang,
Moga bahagia di hari yang bakal menjelang.

Anak katak melompat tinggi,
Tak tinggi mana di batu sahaja,
Bukan ingin memuji diri sendiri,
Sekadar mencuba manalah tahu berjaya.

Berblogging bukan sekadar suka,
Juga berkongsi duka dan mesra,
Mengenal puan hati gumbira,
Moga begitulah jua insan di sana.

Mulut Payau bukanlah kelat,
Wajah ceria menghilang gundah,
Tidak pernah berbahasa kesat,
Menutup pantun berakhir sudah.



Terimakasihhhhhhhhhhhhhh...!

Unknown berkata...

"13 Julai tarikh istimewa
buat MulutPayau sudahlah pasti
muga tetap anggun bertambah usia
dan berbahagia hingga akhir nanti..."

hehehe....pantun jgn tk pantun.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum MP,

Selamat Hari Ulang Tahun MP. Semoga MP bahagia selalu dunia dan akhirat.

iBu...gUru berkata...

Buat MP selamat menyambut ulang tahun kelahiran......syukur masih dipanjangkan usia...

Manis wajah mu berseri-seri
Kala memetik bunga di taman
Bertambahlah usia empunya diri
Terpatri budi terpahat berzaman

Tanpa Nama berkata...

Semoga cerdikmu secerdik Aishah
Cantikmu secantik Ainul Mardhiah
Pengorbananmu setinggi Sumaiyah
Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah
Dan...semoga tempatmu di syurga Al Jannah

Selamat Hari Lahir....sahabat

Sahabat seperti BINTANG
Walau jauh tetap bercahaya
Meski kadang menghilang tetap ada
Tak mungkin dimiliki
tapi tak kan bisa dilupakan
Dan... selalu ada di dalam hati


SELAMAT HARI LAHIR....
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA


TEMANMU
rusminisulaiman@yahoo.com.my

zul permatang badak berkata...

Hari yang dinanti
harijadi
kita kadang-kadang lupa
tapi
ada seseorang pasti
mengingat

Berbesar hati
orang yang mengingat
jangan berkecil hati
jika sidia
tak pernah ingat

Selamat harijadi MP
selamat berbahagia
tapi
jangan lupa
orang lain juga punyai harijadi
mereka dekat dihati
suami dan anak-anak
tercinta.

Nur berkata...

Mp,
Yati tak pandai la nak menyusun kata, mencipta pantun, sajak atau syair. Cuma Yati nak ucapkan selamat harijadi, MP. Yati hargai persahabatan yang terjalin, walau pun cuma secara online. Insya-Allah, mana tau, satu hari nanti kita dapat jumpa, kan. Semoga bergembira di harijadi nanti, dan dirahmati Allah, amin..

zul permatang badak berkata...

eh ada lagi sambungan sajak tadi....o.k sambung..

Orang lain juga punyai harijadi
mereka dekat dihati
suami dan anak2 tercinta
tiba hari kita
nanti hari mereka
kita jangan lupa

Membara kasih
pada keluarga
hangat menyelimuti
hingga kehujung usia

Selamat harijadi MP
ada duka
sendu kelmarin
lupakan.....

Ada ria
tawa mendatang
waspada
jua.....

Hidup tak perlu kelam kabut
was-was dihati
jangan diturut
ikut

Berpegang tetap
bertekad kuat
menghayun
buai
buat anak bangsa
melakar cita
dihari muka.

SELAMAT HARIJADI MP.........

Jendela Hati berkata...

SELAMAT hari JADI,
Buat SAHABAT maya BERNAMA MP,
SEMOGA dimurahkan REZEKI yang DIBERKATI,
Dan DIPANJANGKAN umur YANG dirahmati.

SaLaM bErBahAgiA bUat MP dAn Anak-aNak DaRi PuaNzAi...

Granny Hani berkata...

Selamat menyambut hari kelahiran.
Nak buat ucapan yg bombastik tapi tak reti.
Cukup lah ucapan yg ikhlas dari hati.
Maka hari ini bertambah lah setahun lagi usia.
berkurang pula baki umur yang ada.
selagi ada nyawa yg di pinjamkan kepada kita,
selagi itu kita melangkah dengan redha.
Syukur kerana di lahirkan sebagai manusia,
Syukur atas segala nikmat dari Nya.

toyolkiut berkata...

mengenali hanya di ruang maya,
namun catatan mu sering di baca,
doa ku pendek sahaja,
cikgu, moga berbahagia hingga akhir usia!

selamat ulangtahun kelahiran,
nak kek.. please..

aNIe berkata...

MP..Happy Belated Birthday...akak tak pandailah nak bermadah2...heheheh

Kak Mahh berkata...

Semoga dipanjangkan usia,sihat tubuh badan dilimpahi dengan rezeki halal. Gembira sepanjang hayat disamping keluarga tercinta.

Shila berkata...

wow...lumayan tu hadiah... :D

sekadar satu coretan berkata...

nak buat pantun tak pandai...
cume nak ucapkan semoga MP...dikuniakan kesihatan yg baik2 dan berbahagia disamping keluarga tersayang...dan diberkati oleh allah didunia dan akhirat..

Kak Aya berkata...

gendang gendut tali kecapi
selamat hari jadi untuk MP

pat pat pat siku lipat
semoga kita terus menjadi sahabat

Panjang Umur Murah Rezeki
Ada masa jumpa secara maya lagi..

Hmmm sekadar memeriahkan lagi...

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Mp tersenyum nampak gigi
Selamat hari jadi!

Salam kenal dari ibu Yusuf dan Maryam.

Puan Kutu berkata...

sory ucapannya agak terlambat..:)

Dalam kelam kabut kehidupan
Pejam celik berputar waktu
Saat ke minit
Jam berganjak hari
Satu ditambah
Panjanglah umur

Syukur masih bernyawa
Selamat Hari Tua..

Semoga dibawah lindunganNYA dan berbahagia bersama famili serta bertambah rezeki dengan bertambahnya umur..Selamat Hari lahir MP..:)

eMMe berkata...

nak join jugak! (ala...takde idea nak panton/syair/sajak la MP) Simple je yea..

eMMe nak ucapkan selamat hari jadi yg ke... moga, MP dan keluarga senantiasa bahagia dan dirahmati Allah swt. moga perkenalan di alam maya ini dpt mengeratkan silaturahim sesama kita, InsyaAllah...

BSB berkata...

BSB nak beri hadiah pantun suka suki kat MP:-

Ke opis berbaju merah
Sampai opis kena marah
Sebab bukak blog everday
For u MP happy birthday

CS @ Mama AA's berkata...

selamat ulang tahun... ke berapa ni?

nak join tp x pandai bermadah sebab hanya pandai kira2 hehe...

Tanpa Nama berkata...

kU hAdIahkaN sAlam beRsaMa AL-FATIHAH
sMoga bOnda d'PanJangKan uMur ....

kU kIrImkan sesUcI kAsIh beRsaMa AL-IKHLAS
yg sUci bErsIh .....

isTimeWa bUaT mU bOnDa yg tRsYang lAgi dIcIntaI ,
mOga RAHMAT ALLAH seNtiAsA dI SISIMU .....

seLaMat meNyamBut uLaNg tAhun yg kE ** .....

DRIPADA : zUlaikHa / eyka / kakak ...... ( anAk sUlOng / bOnGsu pEremPUan .... ) hehehee ....

izahatta berkata...

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna
Akhlak yang terpuji
Pekerti yang mulai
Umur yang bermanafaat
Rezeki yang halal
Ilmu yang berguna
Jodoh yang membahagiakan
Hidup yang dirahmati dunia dan akhirat......
Selamat Hari Ulang Tahun untuk MP walaupun terlambat....
Daripada : iza hatta

eRiNsZ berkata...

Tak perlu tahu umur berapa,
Sekali pandang kompem anak dara,
2 kali pandang upss anak dah tiga,
Asal hati berbunga-bunga bahgia,

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran,
Moga:~
Sepotong kek~ mengulang kemanisan,
Sebatang lilin~mengundang indahnya kenyataan...

Sebaris ayat:~ moga bahgiamu berpanjangan.

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH S.W.T
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU....

Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan
dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredaan ALLAH....
Andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah
Dan...
seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin



SAHABATMU...
rusminisulaiman@yahoo.com.my

Waniwisy berkata...

from a girl with less experience..

age is just only a number.
candle is just only to blow.
Remember..
you were crying when you were born..
while everybody was laughing there
LIVE YOUR LIFE humbly so that..
you would be the one laughing when you die
and everybody else would be crying...
That's how we blow the candles..
HAPPY BIRTHDAY!

to a mother of 3 with more experience..

MulutPayau berkata...

terima kasih kapada yg sudi sertai CPS Mp kali ini...dan terima kasih jugak atas ucapan....Mp amat mnghargainya...

Tanpa Nama berkata...

tq penaja mp. lain kali tajalah lagi

Catat Ulasan

terima kasih daun keladi....

 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang