Isnin, 6 Februari 2012

PAHIT UNTUK DIKENANG.....

Isnin, 6 Februari 2012


Tidak semua kenangan itu INDAH..ada yg menyakitkan dan meninggalkan kesan yg mendalam dalam jiwa kita..Apatah lagi jika  ada kaitan dng sahabat dan orang yg rapat dng kita...Mungkin kisah yg ingin aku paparkan menjadi PENGAJARAN berguna dlam merentasi kehidupan ini....(MAAF ...ntry kali ini Mp gunakan 'aku'....sbgai gnti nama...)

Mempunyai kawan mmng menyeronokkan.....namun tidak semua kawan boleh dijadikan KAWAN..kerana ramai kawan yng makan kawan....Di tempat krja, aku mmpunyai ramai kawan..antaranya R..seorang lelaki yg mmng cukup baik di mataku..sentiasa menolong tatkala aku dlam kesusahan..sntiasa mnwarkan khidmat dalam pekerjaan...Aku mngenali keluarganya kerana dia berjiran dngku...anak2 dan suamiku cukup rapat dgnnya...

Pada suatu hari, ada pihak bank dtang ke tempat kerjaku dan mnwarkan kad kredit kpada sesiapa yg berminat.. Aku yang teruja dgn tawaran trsebut (tmbahan pulak ada gift yg menarik jika isi borang) dan akan ada hadiah mnyusul jika mnggunakan kad kredit tersebut..(sepasang jam tangan yg cntik)terus mngisi borang permohonan tnpa berfikir pnjng...

Aku mnjalani khidupan mcam biasa. Kisah kad kredit dan hadiah telah aku lupakan...aku tak kisah sama ada prmohonan aku brjaya atau tidak kerana aku isi borang HANYA UTK SUKA-SUKA...tetapi pada suatu hari, aku mnerima sesuatu dari pihak bank...bila aku buka..TERKEJUT!!! apabila mndapati ada sepasang jam tngan yang aku impikan...terdetik di hati kecilku..Baiknya pihak bank ni..hantar jam padaku sedangkan aku tak gunapun kad kredit....

Aku terus memaklumkan pada suami...suami aku tdak puas hati dan terus call pihak bank..Macam nak pitam bila pihak bank brtahu kad aku mohon dah dihantar dan sudah digunakan!!!!!!!!!!!Semua duit di kluarkan melalui ATM....Pihak bnk mnyatakan lokasi, masa dan jumlah wang yg dikluarkan...Aku yg terpinga2, hnya mampu mnangis....Mereka juga memaklumkan kad tersebut dihantar melalui pos laju dan no.pos laju diberikan..Aku bergegas ke pjbat pos..memang SAH!!!! kad aku sampai di tempat kerja....krani pjabat pos mnjukkan bukti...surat tersebut telah diterima oleh kerani dipejabatku.......Dan sudah tentu rakan skrjaku yg punya angkara.....

Bila dah cukup bukti, kami terus ke balai polis untk mminta pndangan dan membuat laporan..Pegawai polis tersebut mmnta aku brfkir dulu sbelum membuat laporan..kerana melibatkan masa depan sseorang....Beliau memberikan aku tempoh 2 hari...Selepas itu, jika aku membuat laporan, tindakan akan diambil...

Aku berbincang dgn majikanku....dan trnyata, majikan aku tidak setuju jika aku membuat laporan polis..akan memalukan bnyak pihak katanya..tambahan pulak kami k/tngan kerajaan..Beliau brjanji akan mencari siapa yang melakukan perbuatan trsebut...aku memberi temph smnggu..jika tiada pengakuan dibuat dlam tempoh smnggu..aku akan pnjngkan kes ini....Mesyuarat trgempar dibuat oleh majikanku...Beliau memaklumkan tntang kjadian tersebut dan mmnta orang brkenaan tampil membuat pengakuan secara rahsia...

Selepas 2 hari, pihak polis telepon aku, suruh datang ke balai membuat laporan..aku serba salah dan mnta tempoh smnggu...Setiap hari aku mnggu insan tersebut datang brjumpa aku..sbnarnya, aku pun tak sampai hati nak buat laporan polis walaupun aku tdak tahu siapa yg trlibat kerana akan melibatkan masa depan dia orang nnti...

Pada hari yg terakhir,(stelah ckup smnggu) kawanku R datang ke rumah tepat jam 8.00 malam...Kami berbual mcam biasa...sempat lagi aku dan suami brgelak ketawa dngnnya...Tiba2 dia mngeluarkan sampul surat berwarna coklat berisi wang....pelik juga aku!!!!Dgn SELAMBA  dia mngaku yang dia lah mnggunakan kad kredit aku dan mngeluarkan semua wang dri ATM. Rupa2nya no pin yg dihantar oleh pihak bnk  turut jatuh ke tngannya...begitu licik!!!!!Penyata bank juga ada dlam simpanannnya....

Paling aku geram, dia mmbrtahu yg dia buat pengakuan bersebab....
------Dia mngeluarkan duit mlalui mesin ATM..jadi polis akan dpat mngesan dia melalui kamera di mesin ATM...
------Dia takut kehilangan kerja dan menjatuhkan maruah keluarga jika ditangkap..

Tiada riak kesal di wajahnya..hanya SEPATAH kata MAAF diluahkan...Aku hanya mndiamkan diri..marah, sakit hati, kecewa, sedih bermain dibenakku......Aku serba salah.......Kenapa aku tidak  laporkan pada polis......????????????

Keesokannya, aku btrahu pda mjikanku yg telah ada pngkuan dibuat...Namun aku merahsiakan angkara siapa..aku tdk mahu memaluknnya...Rakan2 sibuk brtanya,.namun.aku cuma mndiamkan diri...dihatiku..hanya ALLAH saja yg tahu.....

Hubungan kami mnjadi renggang..dia mula mnjauhkan diri dariku...mungkin malu @ entahlah!!!! malas aku nak pikir....bila trserempak..dia seolah2 ingin lari dariku...Aku tak kisah..lebih baik aku tdk mmpunyai kawan drpada ada kwan sprtinya......Dalam diam dia memohon bertukar ke daerah lain...dan pertukarannya diluluskan...Aku BERSYUKUR!!!!!!!!.aku tdk mahu lagi melihat mukanya...CUKUP MNYEKSAKAN HATIKU..

KATA MAAFKU HNYA DIBIBIR..SEDANGKAN HAKIKATNYA HINGGA KE HARI INI AKU SUKAR UNTUK MEMAAFKANNYA..AKU TAHU DENDAM ITU SATU DOSA..TAPI AKU TDK BERDAYA MENAHAN AMARAH DIHATI.(walaupun dia telah mmbyar kesemua duit tersebut).

Selepas dia pindah, barulah aku buka RAHSIA tersebut...mmng semua terkejut, sebab dia dikategorikan sbagai kawan yang memang BAIK...DALAM PERSAHABATAN SEGALANYA BERKEMUNGKINAN TERJADI...Tapi aku tdk yakin yg dia akan BERHENTI melakukan prbuatan tersebut..dan siapa MANGSA dia seterusya...

PENGAJARAN BUATKU...

1. Jangan terlalu yakin yg sahabat kita adalah yg TERBAIK....
2. Aku tidak lagi meneruskan hobi mngumpul KAD PLASTIK..memang serik...!!!!!!!

Kalaulah..hadiah tersebut tidak sampai ke tanganku....aku tdk tahu apa yg berlaku seterusnya....
Walaupun kisah ini telah berlalu bbrpa tahun yang lalu...namun ia msih HIJAU diingatanku...

38 ulasan:

NzA berkata...

sakitnya hati bila sy baca n3 ni..smpai hati seorg kwn mkn kwn sndiri.....saya yg trlebih emo lak rasa..mau je nk cili org mcm nie...apapn nasib baik MP trlepas dr prmasalahan n boleh jadi pengjaran yg amat brharga.....xsiapa yg boleh kita percaya 100%.....

Umialya berkata...

angkara duit kita boleh putus kawan, ermmm

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Masa dia buat tu tak rasa bersalah ke agaknya dia? Hmm.. Manusia2x.. :-(

Alhamdulillah duit akak dia pulangkan semula.. :D

Acik Erna berkata...

Terimma kasih MP berkongsi kisah disini..ini jugak boleh dijadikan peringatan buat kami semua yang membaca blog MP.

Zaitun berkata...

Jadikan pelajaran,pengajaran,tidak semua sahabat boleh dipercayai 100%.

Takut kak Zai dengar cerita berkaiatan dengan duit sebab dah melaluinya .

Puan Kutu berkata...

adajuga manusiamacamni,fikirkan hati yg sakit nak je buat report kan.apa pun semoga menjadi pengajaran buat akk dan semua yg membaca..tak ada sesiapa g kita boleh percaya dlm dunia nie,hati2lah..

terpatrisinarabadi berkata...

perghhh, akak mmg cool lah..klu ikinlah..mmg lebam dah bijik mata dia tu..adoi..menyirap tol ngan org mcm tu

che mid berkata...

Salam, satu entri yang bagus untuk pengajaran..

saniah berkata...

MP..geram nya i baca kisah ni..geram dan marah kat 'org tu'..ada jugak org mcm tu kat muka bumi ni..kawan makan kawan..ok MP next time kena beringat..ingatan utk i jugak sbb kdg2 kita ni baik sgt kan..org ambik kesempatan..sabar ya? :)

zino berkata...

satu peringatan kepada semua....

Lee berkata...

Hi, I was at Zareda's blog noticed your callsign and busybody over.
Nice blog you have, but regret my bahasa suda out of tune, sebelum Merdeka, but boleh faham 32%, ha ha.
I guess we just have to be careful nowadays with these credit cards....

You keep well and have a nice day.
Keep a song in your heart.
Lee.

Rozita berkata...

Ayoyo..cam tu punya org pun ada ka? MP cool aje ye, kalau saya... entah cam ner lah ye.

Maya Mayana berkata...

tk pernah ada kad plastik...kerana duit kwn sanggup mkn kwn,kalau akak tk mampu maafkan dia..akak doakan dia diberi hidayahNya...


"masa"akan mengubati luka akak tu walaupun tk tahu bila...

Zareda Norman berkata...

MP
Ya rabbi, ada juga manusia berhati busuk macam gitu ek. Mujur dia pulangkan dan bayar semula.. klu tak satu hal lagi kita nak menanggung hutang yg x pernah kita buat.

Maafkanlah dia MP.. mungkin ada hikmahnya perkara yg terjadi ni..Allah Maha Mengasihani.. Dia tahu apa yg terbaik buat kita.. Lupakan dan lepaskan segala terbuku di hati tu.. Hati hatio dimasa akandatang

ckLah @xiiinam berkata...

Cerita yang bagus untuk sempadan...

suri solehah berkata...

baca cerita akak ni sesak nafas rasa..alhamdulillahkan..sebab ada hadiah tu..kalau tak...tak tahu lama mana org tu nak gunakan kad tu,,yang bestnya mengaku sbb takut nampak kt cctv..dasar huhu

Jendela Hati berkata...

aduh ini cerita kawan makan kawan nie kak... hrp akak bersabar ye... mcm2 jenis org zaman skrg

Addien berkata...

fasobrun jamil, moga Allah memudahkan segalanya buat mu..

jemput ke blog ye, ziarah julung kali ke sini :)

Amie berkata...

Sakitnya hati.... sesekali memang kena bagi pengajaran kat orang tu MP! Tak mustahil kalau dia buat lagi...

Nur berkata...

Memang sakit hati kalau kawan kita sendiri buat camtu kat kita. Nanti adalah tu balasan Allah kepadanya, kak Ina.

terokai seni berkata...

uhhh terkedu...

sal berkata...

sampai hati betul rakan2 yg macam ni ..

sud@is berkata...

tergamak jugak kawan menganiaya kawan..sabar ya MP

tak kemana sikap macam ni...

dalila berkata...

sakit hati kan bila kawan makan kawan... skrg kena lebih berhati2..

eMMe berkata...

tak sangka kan kak, di sebalik persahabatan itu ade sesuatu yg diluar jangkaan... entry akak mp memberi pengajaran kepada kita semua, moga jadikan satu iktibar, tengs kak!

kurus berkata...

memang x sangka kan kak ..
sabar ye .. semua ini dugaan dlm kehidupan kita ..
selepas nie kita semua kena berhati2 .. , insyaallahhh

ucubakery berkata...

Kesian MP...
kesian si polan tu jugak sbb dia buat tanpa memikirkan apa akan jd esok hari....

Azian Elias berkata...

aduiii...sabar je lah ye..

Unknown berkata...

apalah perasaan dia masa menggunakannya tu ya? Kesian akak, alhamdulillah dia pulangkan duit tu. Mungkin dah ada kesedaran di hatinya kot kak. Doakan saja moga dia di beri hidayah dan tidak mengulanginya lagi di lain masa.

Totie@Tomy berkata...

bila kita mengalami kenangan pahit mcm ni dimasa akan datang pasti kita akan lebih berhati2...

Kakzakie Purvit berkata...

Aduh... kenapa pulak pihak bank hantar pin no. guna courier service. Kakak punya memang dah beritahau pihak bank masa isi borang pin no. collect di bank, lebih selamat.

Pengajaran betul kan. Nampak baik tapi bagai gunting dlm lipatan...

hannahsarah berkata...

Asskm. Satu pengajaran yg berguna pd semua yg membaca blog ini.

Satu peringatan spy berhati2...krn kawan blh makan kawan.

Org sebegini takkan serik.. Tunggu la harinya nanti!

Pia berkata...

"itulah yg org selalu kata..rambut sama hitam hati lain2...luar jer nampak baik tp dasarnya hanya Allah jer yg tahu.."

Ros berkata...

Salam MulutPayau,

ini lah yang di katakan pengaruh duit....Pasai duit ja Adik beradik,kawan2 semuanya boleh putus...

Apa pun.. berhati hati lah dalam apa keadaan sekali pun...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam MP....sakitnya hati bila baca n3 MP ni, geram, benci dan marah yg amat sangat pada R tu, dapat Mp bersabar, kita tak boleh nak agak, rupanya org yg baik dgn kita ada muslihat sebaliknya, dah kerja elok2 tu masih lagi nak mencuri hak org lain. Elok lah dia di tukar ke lain

Jahirah berkata...

saya lak yang terasa kesakitan bila dikhianati macam tu...alhamdulillah kak..mujur ada petunjuk Allah beri sampai hadiah tu kat rumah.kalau tak...bersenang lenang la dia lagi xpa disedari.silap2 blh dpt status muflis...bukan senang nak maafkan org xpa tinggal apa2 kesan kat hati...:(

Cho Zila berkata...

ehm banyak gak dia gunakan yerk sampai dapat hadiahtu... nasibler hutangtu tak beranak pinakkan.. sebab kalau hutang sikitpun kad kreditni berhantu...
ambil iktibar dengan kisah ini...

Zehan Ilyana berkata...

ya Allah, tak malunya dia..ish!!
saya yg baca pun sakithati!!

Catat Ulasan

terima kasih daun keladi....

 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang