Assalamualaikum dan salam sayang..
Pernah tak kita rasa ketakutan yg teramat sangat walau berada dalam rumah sendiri???
Bukan takutkan makhluk yg tak nampak dipandang..
Tapi takutkan manusia yg bertopengkan syaitan sekarang ni...
Yup...itulah yg terjadi pada Mp.
Dari awal malam lagi dada dah berdebar kencang...tak tahu kenapa...
Laling pulak tak de, keluar daerah..Tinggal Mp ngan anak2 jer..
Selesai jer baca Yassin dan solat Isyak,
Mata terasa amat mengantuk..tapi hati seolah2 menidakkannya...
Pada mulanya tidur dalam bilik,
Lepas tu beralih ke ruang tamu,
Beralih lagi ke tempat lain..
Namun semuanya tak menjadi...
Dan sepanjang malam Jumaat (semalam) Mp tak dapat lelapkan mata...
Terlelap sekejap, seolah2 ada orang masuk ke dalam rumah..
Cepat2 buka semua lampu...Cuba amati bunyi2 aneh sekeliling rumah...
Tapi tak de pulak.....
Mungkin perasaan jer kot....
Siangnya Mp terbaca dalam Sinar Harian (online) yg sorang kakak (10 thun) bertindak pantas dgn mengunci pintu bilik bersama adik2 yg masih kecil apabila terdengar tingkap dapur dipecahkan..
Kanak2 tersebut mnghubungi ibunya yg sedang bertugas di sebuah klinik...
Nasib baik kanak2 tersebut pnjng akal....
Dan Mp juga teringat pada status seorang kawan di fb mmbrthu yg dia dan keluarganya di pukau..
Semua barang berharga berjaya dilarikan oleh penyamun..
Yang peliknya semua ahli keluarganya sedar serentak bila azan Subuh kedngaran...
Tapi ada baiknya mereka tidak sedar waktu tu..
Kalau tersedar, mngkin ada ahli keluarganya yg akan melawan..
Dan perkara buruk yg pastinya akan berlaku kalau penyamun tersebut membawa senjata tajam..
Baru2 ni, seorang kawan laling ke Sarawak.sepatutnya laling jugak ke sana atas urusan kerja..
Tapi laling ada hal dan trpksa membatalkan pemergiannnya ke Sarawak..
Di Sarawak, kawan laling mnginap seorang diri di sebuah hotel..
Apabila bangun keesokannya, dia mndapati ada kesan selut dalam bilik dan bilik air..
Dia terkejut dan cepat2 memeriksa dompetnya..
Hilang RM1000..tapi tepon dan jam tak diambilnya...
Dia segera mmbthu pihak pengurusan hotel dan membuat laporan polis..
Akhirnya pihak pengurusan hotel mmbayar balik duit tersebut dan meminta kes tersebut didiamkan..
Jugak kes pukau...Mungkn kes begini pernah terjadi..
Mungkin kerana terlalu asyik teringatkan benda2 macam ni...
Mp jadi terlalu takut utk melelapkan mata..
Terfikir, andai terjadi pada diri kita..
Ya Allah, selamatkanlah kami....
Bayangkan semalaman tak lelapkan mata..dengan debaran di dada..
Dengan telinga yg asyik mencari bunyi2 aneh...
Aduhaiiiii.....memang menyiksakan..
Bila tengok anak2 tidur lena...tak tergamak utk mngejutkan mereka pulak..
Perasaan lega bercampur tenang bila azan Subuh kedengaran....
Seusai solat Subuh..terus lelapkan mata....
Rasanya dah tak snggp utk hadapi situasi macam ni...
Lunch Mee Goreng Daging
6 jam yang lalu
14 ulasan:
semoga kita semua di lindungi dari segala bahaya
Alahaii kesiannya MP...iyalah mmg risau kan...berdoalah muga dilindungi dari segala yang tidak diingini aamiin
Semoga dijauhkan daripada dugaan hebat macam ni...
Mudah2n tiada perkara buruk yang akan berlaku, aamiin..
nauzubillah macam2 kejadian skrg ni kak, tak macam kecik2 dulu jalan sensorang pun masih selamat lagi, mintak dijauhkan dari perkara yang tak diingini
minx dijauhkan +___+
berdebar saya baca kak.. pernah jgk alami perasaan camni bila dok sensorang kt rumah.. serius tak lena tido.. huhu.. moga kita dijauhkan dr benda2 tak elok ni..
Terlalu byk kejadian yg sebegini...di taman perumahan sy tinggalpun selalu sgt pecah rmh berlaku....rasa x selamat je idup nih.....
p erkara ygkita terlalu fikirkan mmg kadang2 boleh menimbulkan fobia..semoga kita sentiasa diberi ketenangan hati dan djauhkan dari perkara buruk,kesian kak mp..jgn difikirkan sgt kak..:)
kna sentiasa berhati2 sekarang..huhu
Memang perkara macam ni boleh jadi fobia. Kesian MP tak dapat tidur semalaman dek kerana perasaan risau. Lebih baik juga kita berwaspada kalau terasa tak sedap hati. Alhamdulillah, takda perkara buruk yang berlaku pada MP sekeluarga.
Mohon dijauhkan. Mmg a takut kalau berlaku perkara perkara macam ni.
Sebab baca berita berita gitu siangnya tu yg jadi takut tu MP....lagi lagi kalau area rumah ada kes macam tu lagilah seram!
Yati pun ada juga rasa macam tu, waktu tinggal sorang kat rumah waktu malam. Tapi, pikirkan yang baik-baik saje. Sebab Allah kan ada. Ustazah yati cakap dulu, kalau baca alfatihah dan ayat qursi setiap kali lepas solat, malaikat jaga kita sampai masuk waktu solat berikutnya. Kalau baca lepas isyak, kan kita selamat sampai ke subuh, tu. Jadi, buang ler rasa bimbang tu jauh-jauh, insya-Allah tak apa-apa la kak Ina. :)
Catat Ulasan
terima kasih daun keladi....