Rabu, 9 Mac 2011

Aku dan Hobi

Rabu, 9 Mac 2011
GILA MEMBELI @ GILA MEMBACA


ASSALAMUALAIKUM.......

Entry kali ini MP nak berkongsi pasal hobi MP iaitu membaca novel.Memang dari sekolah lagi MP suka membaca novel dan pilihan tentulah terbitan Alaf 21....(Terbitan lain pun beli jugak..sprti Kakinovel)

Kalau zaman sekolah dulu, sanggup perabih duit biasiswa semata2 nak beli novel..Lepas tu sanggup dop di kedai buku berjam2 tuk membaca sinopsis novel sbelum membelinya..Yelah..kena berjimat...Itu belum lgi bab menghayati novel tersebut...menangis teresak2, ketawa dan tersenyum adalah perkara lumrah ....Sanggup ketepikan tidur untuk menghabiskan novel...kawan2 dan keluarga tidak boleh ganggu...mmng betul2 FOKUS!!!!!

Tapi lain hal pulak bila kerja ni...minat membaca masih menebal..cuma kekangan masa mnyebabkan bacaan sering trtangguh..Namun  MP  masih lagi mencari novel2 terbaru di pasaran..Tmbahan pulak persaingan drpda penerbitan buku membolehkan kita membuat pelbagai pilihan..Terlalu bnyak novel2 yang menarik ditulis oleh penulis2 baru..(tetapi Alaf 21 tetap di hati)...

Kalau dulu..MP memng gila membaca novel..tapi kini berubah menjadi gila membeli novel....Nak baca tak sempat..so beli jer dan simpan...


 Antara novel2 yang MP  beli dan masih tersimpan rapi dalam almari..pembalut plastik pun masih belum di buka....

Hampir semua novel ni merupakan novel cinta dan keluarga..Rasanya kalau dikumpul hampir 30 buah novel yang dibeli tapi masih belum trusik lagi...Tapi jng terkejut pulak..ada juga novel yang MP baca separuh jalan...ye lah baca sinopsis sikit punya menarik...alih2 bila baca novel tersebut..jalan citer berterabur...Namun ia..bergantung pada persepsi  masing2...

Bila agaknya nak baca semua novel2 ni???? MP ...tunggu time cuti sekolah!!!.....Itupun kalau habis..kalau tak..simpan jer lah buat koleksi...




..


Sabtu, 5 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Sabtu, 5 Mac 2011
CERAI 15 MINIT!!!!!!!!!!!!!!


Amat mngejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia berlaku dalam tempoh setiap 15 minit..kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim...
Kadar perpisahan  ini amat membimbangkan..Beliau mnyatakan bahawa banyak faktor yang mnyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri ini...antaranya suami atau isteri yang tidak mnjalankan tanggung jawab dan tidak menjaga solat......Statistik 2009 mnunjukkan bahawa jumlah kes penceraian meningkat tahun demi tahun.Timbalan Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustafa berkata kes penceraian yg direkodkan 27,110 drpada 135,136 prkahwinan.

Namun begitu...terdpat juga kes penceraian di sebabkan oleh laman sosial Facebook.......Perbincangan secara terbuka tentang masalah rumah tangga dan sikap suka mmburukkan pasangan juga turut mngundang padah...Fenomena ini begitu ketara..apatah lagi bila pasangan mula mencari kekasih lama dan berhubung kembali melalui laman sosial ini....hal ini menjadi punca pergolakan dalam rumahtngga...Jangan hanya menuding jari menyalahkan sebelah pihak...selamilah hati pasangan kita, agar perhubungan brkekalan..

TIPS MENGELAKKAN PENCERAIAN..

1. KOMUNIKASI DUA HALA
2. KETERBUKAAN TENTANG MASALAH SEKS
3. MENERIMA PASANGAN SEADANYA
4. JANGAN BIASAKAN BERBOHONG
5. JANGAN CEMBURU BERLEBIHAN
6. HINDARI KECURANGAN
7. CARI ORANG TENGAH
8. TETAP MESRA
9. PASRAH KEPADA YANG ESA



Khamis, 3 Mac 2011

Aku dan Puisi

Khamis, 3 Mac 2011
BINTANGKU..

Bulan....
Nyatakan padaku.....
Ke mana menghilangnya bintangku....
Tiada lagi kerdipan sinar...
Tiada lagi suluhan cahaya....
Yang ada cuma gelita...
Yang ada cuma kelam di jiwa..

Bulan...
Andai bintang sembunyikan diri...
Kau nyatakan padanya...
Aku amat merinduinya...
Rindu pada sinarnya..
Rindu pada kerdipannya...
Rindu pada cahayanya...
Muncullah..walau sebentar cuma...

Bulan...
Andai bintang tidak sudi...
Kau nyatakan padanya...
Aku akan tetap setia di sini...
Menanti dan terus menanti..
Walau tidak diperlukan lagi..
Walau hati telah dilukai...
Kerana hnya cahayanya mampu menerangi kegelapan ini..

Bulan.....
Andai bintang tidak berpaling lagi...
Nyatakan padanya....
Dia tetap bertakhta di hatiku..
Dia tetap pengubat laraku..
Walau sinarnya telah kelam..
Walau cahayanya makin suram..
Kerana..
Hanya bintang dihatiku....
Tak mungkin ada pengganti..
Walau seribu yang menanti..






 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang