Entry khas utk yg dah kahwin....
Kadang-kadang, kita sukar utk meluahkan kata CINTA pada pasangan kita...Biarpun dah berpuluh tahun kahwin, namun kata2 azimat CINTA tak pernah diluahkan...Hanya perbuatan kita yg mnggambarkan betapa kita menyintai pasangan kita...
Mp sndiripun, walau sudah berbelas tahun kahwin, tak prnah mngungkapkan kata CINTA utk suami secara lisan....Entahlah...bukan malu...bukan juga segan...namun terasa amat sukar utk meluahkan dgn kata-kata walaupun hakikatnya amat menyintai...Cuma perilaku yg mnggambarkan betapa CINTA itu amat mendalam....
Tips untuk melafazkan CINTA tanpa perlu berkata-kata.....
# Genggam tangan pasangan anda, ini menunjukkan bahawa anda ingin selalu dekat dengannya.
# Tatap matanya saat berbicara, dia akan dapat merasakan ketulusan dan rasa percaya dalam diri anda.
# Jangan ragu memberikan ciuman sepanjang waktu sama ada pagi, petang, mahupun malam..Pasangan akan berasa terus menerus dicintai.
# Lakukan urutan di bahu atau kepalanya di saat pasangan tampak letih dan perlukan perhatian.
# Berikan kejutan indah dengan catatan cinta, puisi cinta, bunga atau makan malam yg romntis..
Dan kalau ada tips lain yg sesuai...brgntung pada anda..hnya anda yg mngetahuinya...
sumber
gambar: pakcik google
p/s...selalu juga tanya husb pasal CINTA...dan jawapannya...'sape tak sayang bini oiiii'..itulah jawapan azimat yg sellu keluar dari mulutnya....hehehehe...bolehlah kan...