Sabtu, 26 Mei 2012

EHHHHH...KOMEN SIAPA NI?????

Sabtu, 26 Mei 2012

sorri, gmbar kurang jelas....

MulutPayau berkata
terima kasih atas ucapan hari lahir hamiz...ibu hamiz telah menghadiahkan buku yang bertajuk kisah kisah haiwan dalam al-quraan dan ayah pula telah menghadiahkan saya bola cheisea...best tau kalau jadi anak bongsu.....ibu kata hendak beli telefon nanti ....



Ehhhhh...tetiba jer ada komen ni???????
Alahai..si bongsu, rupa-rupanya selama ini dia mngikuti perkembangan blog ibunya....

.Mungkin boring dop umah..kakak dan abngnya terlibat dgn tusyen..Mp pun sama...Jadi l/top Mp lah penemannya yg setia..Kebetulan pulak, Mp jarang2 sign out utk blog...senang jer dia masuk curi2 komen....

Bila ditanya, tersengih2...suka benar dia coz ramai yg wish besday dia....Konon2nya ramai peminatlah tu....hehehe...

 

Jumaat, 25 Mei 2012

JANGAN BERSEDIH...

Jumaat, 25 Mei 2012
Mood sedih datang lagi......!!!!!
Tuan blog sedang sedaya upaya mghabiskan buku ni agar KESEDIHAN itu tidak mengganggu lagi...


Selasa, 22 Mei 2012

MEE REBUS DAN TELUR...

Selasa, 22 Mei 2012


Penjual Telur di sebuah Pasar Tradisional.
 
Pembeli: Dik, telur sekilo berapa?
Penjual: Telur ayam atau telur itik?
Pembeli: Telur ayam.
Penjual: Telur ayam biasa atau ayam kampung?
Pembeli: Ayam biasa.
Penjual: Yang tempatan atau yang import?
Pembeli: Yang tempatan.
Penjual: Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?
Pembeli: Yang Ipoh lah... (Sambil terlihat kesal).
Penjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?
Pembeli: Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?
Penjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

 copy dari fb

Ahad, 20 Mei 2012

LAYAN SI BONGSU....

Ahad, 20 Mei 2012
Masih ingat lagi saat ingin melahirkan si bngsu 9 tahun yg lalu...tanggal 20 Mei 2003...Kelahirannya hanya ditemani oleh kawan2 kerana suami ada urusan penting.Mujur juga punya kawan yg baik hati...Mereka yg mnghntar Mp ke hospital dan mereka jugalah yg berdebar menunggu Mp di luar bilik bersalin. Namun, Allah permudahkan segala urusan..kesakitan yg dirasai cuma sekejap.Mp tiba di hospital pukul 2 petang dan bersalin tepat jam 2.30..Dan kawan2 lah yg menemani Mp di wad smntara suami sampai..Riuh rendah masa tu...Suami tiba  2 jam kemudian..

Hari ini kenangan itu menjelma lagi..Hanya air mata yg mngalir mngenangkan segala pengorbanan kawan2..Kini, mereka semua telah tiada di daerah Mp...Semuanya telah bertukar..Hanya Allah yg mampu membalas jasa dia orang...

Setiap tahun sambutan untuk si bngsu akan diadakan walau secara sederhana...tidak sprti kakak dan abangnya yg tak kisah sambut atau tidak hari lahir...Si bngsu katakan, mngada2 tu terlebih sikit. (opssss betul ke bngsu??? mana tau lepas ni mnyusul lagi...hehehe..rezeki jgn ditolak..)

Tak de acara makan2...cuma sebiji kek dari SR sahaja..

Hanya disambut di restoran seorang kawan....

kek ni peberet Mp..tapi lupa lak nama apa...

macam2...

muka meraih simpati....

minat betul ngan TRW...

SELAMAT HARI LAHIR UTK MUHAMMAD HAMIZ....SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEH DAN CEMERLANG DUNIA SERTA AKHIRAT...

***********************************************************************
Terima kasih atas ucapan 'Selamat Hari Guru' dari kawan2 utk Mp...Semoga Mp diberi kekuatan dan ketabahan mnghadapi segala cabaran yg mendatang....

Mp turut menerima hadiah drpda anak2 sempena Hari Guru..
Aikkkk...mcm mana boleh terbalik????kena sengetkan kepala nak tengok buku tu...adoiiiiiiii....fening!!!!

Kalau tahun lepas anak2 bagi novel cinta, tapi tahun ni dia orang ubah pulak...Lepas ni dia orang boleh tumpang sekaki baca buku2 ni..Pandai betul dia orang ni..

Sebenarnya si dia ada kejutan utk Mp sempena u/tahun perkhwinan kami...tapi BIARLAH RAHSIA...
Mp nak yg macam Yuna punya...nakkkkkk jugakkkk!!!!!!!!!

Rabu, 16 Mei 2012

sederhana dan hambar....

Rabu, 16 Mei 2012
Setiap tahun, tarikh keramat 16 Mei akan disambut di sekolah..Dan tarikh itu jugaklah yg dinantikan oleh Mp dan kawan2....Teruja dan terlalu gembira bila kita dihargai dgn sambutan tersebut...
Namun tahun 2012, sambutan yg diadakan di sekolah Mp agak hambar...Kalau tahun lepas, sehari suntuk para guru dan murid melakukan pelbagai aktviti...Tapi tidak tahun ini.Mungkin kerana ketiadaan tempat (dewan) mnybbkan segalanya hambar..Dewan yg sepatutnya diguna utk pelbagai acara telah menjadi kelas kerana pertambahan bilangan murid. Jadi sambutan hnya diadakan ditapak perhimpunan.Mentari agak cemburu bila memunculkan diri terlalu awal...Semuanya menjadi serba tak kena..Selepas rehat, murid2 dan guru masuk ke kelas dan p&p berjalan seperti biasa...Aduhaiiiiiii...

setiaku di sini

cuaca dah agak membahang...tetap jugak ingin buat persembahan utk cikgu...terima kasih...

cikgu yg tamak.......sayang kamu semua..muaaahhh

hadiah tetap penuh atas meja....

DULU...
Jika DIA marah, kau kata DIA garang...
Jika DIA lambat, kau kata DIA malas...
Jika DIA ambil masa lebih, kau kata DIA mengada2...
KINI..
Kau adalah DIA....

SELAMAT HARI GURU UTK SEMUA WARGA PENDIDIK....
JASA DAN PENGORBANANMU AMAT BERERTI....

Ahad, 13 Mei 2012

kecewa dan sedih...

Ahad, 13 Mei 2012
Hari ini....memang cukup kecewa dan sedih....Entahlah....kalau boleh aku tidak ingin   membiarkan perasaan ini terus beraja di hati....13 Mei..hari yg cukup bersejarah dalam hidup..Setiap tahun tarikh inilah yg sentiasa dinantikan....Tarikh inilah yg MENGIKAT DUA HATI MENJADI SATU.....Namun tahun ini, si dia seolah2 buat tak tahu jer..Sebelum Isyak tadi, semasa mngemas baju utk OS , sempat si dia mngusik.."ohhhh hari ni 13 mei yer...maaf tak ingat, jangan marah...abang sibuk sangat.." Dan mulalah aku menarik muncung panjang sedepa, sedangkan si dia senyum jer sambil berlalu masuk ke dalam kereta....Sabarlah wahai hati...Tak pelah, harap2 pulang dari OS nanti, ada kejutan untukku ..HADIAH DARI MU YG KU NANTIKAN...muahahaha...kejamkah aku?????.....Tapi SERIUS, aku cukup TERKILAN dan SEDIH....

 

Jumaat, 11 Mei 2012

BUKAN ww....

Jumaat, 11 Mei 2012
Cantikkan gambar pemandangan dalam entri MP yang lepas....Sebenarnya gambar tu Mp ambik dari fb seorang kawan sekolah @ kawan sekampung Mp.....Dia dah berjaya dalam hidup..Rezekinya melimpah ruah..Jadi selalulah dia melancong ke luar negara sambil main golf...Tumpang gembira dan ada sedikit kejelesan...hehehe..Tuah ayam nmpak di kaki.....Kita tak pernah pegang pun kayu golf..apatah lagi nak pikul or pukul...Tu mainan orng2 yg berduit.....

Alangkah seronoknya kalau Mp dapat ke sini dgn hubby...dapat guling2 atas rumput macam filem Hindustan.....

Pemandangannya cukup menarik..seronok kalau dapat lepak2 kat sini...

Sebenarnya, 3 tahun lepas... Mp dah ke sini...tapi tak de lah pergi untuk main golf... MP pergi ambik bibik kat airport  jer...

Kat mana ya..?????? gambar2 tu semua diambil di PALM SPRINGS GOLF AND BEACH RESORT  BATAM INDONESIA....


Rabu, 9 Mei 2012

<<<<<< WW >>>>>>

Rabu, 9 Mei 2012




Sabtu, 5 Mei 2012

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI...

Sabtu, 5 Mei 2012
COPY DARI FB...
 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang