Khamis, 27 Disember 2012

Bilik anak lelaki..perlu letak bunga ke???

Khamis, 27 Disember 2012
Ketika renvate bilik si hero...Ayahnya memberi peluang utk hero berdua memilih warna kegemaran masing2 utk cat bilik..
Aduhhhhh...pening bila si abang inginkan warna merah manakala si adik inginkan warna biru. Mereka berdua berkongsi bilik...
Masing2 inginkan warna pasukan bola sepak yg diminati...
Pada mulanya, Mp berkeras, tak mahu husb layan permntaan mereka...Tapi husb dah siap upah orang utk cat warna bilik dgn warna yg disukai oleh anak2...
Jadi dinding bilik terpaksa dicat warna merah dan biru....
Biru dan merah mata hitamku melihat bilik mereka..
Silau mata....
Tak pelah....dah kesukaan mereka..
Kalau dulu, mereka berkongsi katil besar..sekarang masing2 nak katil sndiri...

Bola yg menjadi mainan mereka dalam bilik...
Cadar utk si adik warna agak lembut...
Susah mencari cadar yg sesuai dgn warna bilik mereka....
Hentam jer lahh...



Agak pening utk mencari langsir yg sesuai utk bilik mereka ni...
Gabungan warna krim dan merah..
Bantai jer ..
Kononnya nak buat macam eric buat..tapi hampehhhh....tak menjadi...


Almari yg ditempah khas mengikut warna bilik...
Sorang satu mngikut warna kgemaran masing2...
Memang ceria bilik mereka ni...
Tengah mencari gambar yg sesuai utk ditampal di dinding bilik...
Bila suruh mereka pilih..semuanya nak gambar bola...
Sorrrriiii....Mp mmng tak setuju...
Jadi, Mp biarkan dulu dinding tu kosong...
Sebenarnya teringin nak letak meja kecil dan jambangan bunga di bilik mereka...
Errrrr..sesuai ke dgn bilik anak lelaki?????
Bila Mp brthu nak letak bunga...dia orang pakat gelak...
Isshhhhh tak patut....

Sabtu, 22 Disember 2012

Best lepak2 kat rumah...

Sabtu, 22 Disember 2012
Cuti sekolah dah nak habis...
Menghabiskan sisa2 cuti dgn lepak2 di rumah...
Sebelum ni dah bertungkus lumus menyiapkan buku pengurusan 2013....
Hari2 terpaksa ke pejabat...
Minggu ni mengadap jadual waktu guru untuk 2013 pulak..
Stress ke?????
Tak lah...seronok sebenarnya coz ramai yg membantu...
Yg tak seronoknya, pasti ada suara2 sumbang di belakang  menyuarakan ketidak puasan hati tentang tugas yg terpaksa dipikul tahun depan...
Terpulang lah pada dia orang...
Tanggung jawab yg diberi mesti dilaksanakan...

Okehhhh...hari ni lepak dan tv...astro first  jadi tontonan...
Apa lagi, layan citer  Thuppakki lakonan si hensem vijay...
Filem ni mmkn masa selama 3 jam...
Sempat lah mp tengok sampai habis walau bersambung2 tengok..ye lah nak ngadap 3 jam tu memang tak kuasa...
Best tengok lakonan vijay...
Kelakar dan pastinya senyumannya menawan kalbu..hehehe..
Lagu2nya oke jugalah..
Biasalah..tgk citer tamil @ hindi tak de lagu mana best...
Tapi mp tak berapa suka citer hindi...
Layan tamil pulak kalau si vijay yg berlakon...
Kalau tak de vijay, jgn harap nak tengok....
Sebelum ni tengok pontianak vs orang minyak..kelakar jugalah citer tu...
Tapi macam lawak bodo jer....


Isnin, 17 Disember 2012

HILANG RINDU....

Isnin, 17 Disember 2012
Tak sangka...
Dan memang tak terduga...
Setelah hampir 9 tahun tak jumpa...
Akhirnya bersua juga...
Alhmdulillah, Allah makbulkan doa Mp utk berjumpa si dia...
Walaupun jumpa skjap...
Tak sempat nak borak pnjang2...
Masa agak mencemburui..
Lidah pulak macam kelu...
Masing2 cuma menatap muka dan mata yg berbicara....
Dia..
Sahabat, kawan, teman, adik yg cukup memahami ...cukup sporting...cukup cantik dan manis..
Mp tak akan lupakan segala jasa dan pngorbanannya..
Setiap kali menatap wajah si bongsu, pasti Mp akan terkenang padanya...
Dia yg bersusah payah menghantar Mp ke hospital tatkala ingin melahirkan si bongsu...
(kebetulan husb tidak ada)
Dia yg menemani Mp di hospital sehingga bersalin...
Dia yg menemani Mp ketika dalam wad sementara mnggu suami tiba....
Masih terbayang lagi wajah pucatnya ketika menyaksikan kesakitan yg Mp alami...
Kebetulan waktu itu dia masih belum kawin...
Namun dia bnyak memberikan kata2 semngat...
Semuanya masih jelas di ruang mata...
Tak mngkin Mp lupakan semua tu...
Rasa sebak, sayu bila mngingatkan semua tu...
Hubungan kami terputus bila dia minta bertukar balik ke kg...
Fb menemukan kami semula...
Namun  kami cuma bercerita melalui alam maya sahaja..
Pertemuan singkat telah mngubat rindu di hati...


.






Isnin, 10 Disember 2012

Sayang pada sahabat....

Isnin, 10 Disember 2012
Antara sahabat perempuan dan sahabat lelaki....
Siapakah yg boleh dipercayai....????
Siapakah yg boleh menyimpan rahsia kita bila kita berkongsi masalah????
Kadang2 sahabat lelaki lebih memahami...
Biarpun selamba dalam memberi nasihat..
Namun cukup bererti...
Biarpun nasihatnya kadang2 amat memedihkan,
Namun keikhlasan terpancar disanubari... 
Siapa pun sahabat kita...
Sama ada lelaki atau perempuan....
Biarlah dia memahami kita..melayan kita selayaknya sbgai sahabat...
Bukan hadir masa senang dan lari masa susah...
Cuma, 
Berhati2 lah sekiranya bersahabat dgn lelaki...
Jangan pulak terjebak dgn perkara yg tak diingini....
Apatah lagi jika sahabat tersebut sudah mempunyai pasangan...
Takut ada yg terasa hati dan disalah erti...
Banyak hati yang perlu dijaga...
Bimbang ada yg terluka...
Dan jangan keliru...
Antara sayang dan kasih pada sahabat....
 Dengan CINTA pada pasangan kita....
Suara hati kadang2 sukar untk difahami...




Khamis, 6 Disember 2012

TENTANG IBU...

Khamis, 6 Disember 2012
Kali ni Mp nak berkongsi pasal sebuah buku yg Mp beli masa berkunjung ke Jakarta baru2 ni..Sebenarnya buku ni Mp terpandang masa makan di sebuah restoran yg diletakkan di tepi kaunter bayaran .Cepat2 suruh suami belikan.Harganya cuma rp10.000.Bukunya cukup nipis (55m/s) jer namun isinya cukup memberi pengajaran.
Masa dalam flight balik, Mp terus buka dan baca..teresak2 juga masa membacanya...Dah hilang rasa malu pada suami.Nasib baik krusi satu lagi kosong..

Sebenarnya semua kisah dalam buku ni diambil dari intrnet dan dibukukan semula.Semua cerita dalam buku ni cukup mginsafkan kita tetang kehdiran seorang ibu...

Sedikit perkongsian yg terdapat dalam buku ni..
KISAH IBU DAN KITA...

## Ketika berusia stahun, ibu suapkan kita makanan dan mndikan kita.Kita ucapkan terima kasih dgn menangis spnjang malam.

## Bila usia 2 thn, ibu mngajar kita bermain.Kita ucapkan t.kasih dgn lari sambil ketawa apabila dipanggil.

## Menjelang 3 thun,ibu mnyediakan makanan dgn penuh kasih sayang.Kita ucapkan t.kasih dgn menumpahkan makanan ke lantai.

## Ketika kita 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna.Kita ucapkan t.kasih dgn menconteng dinding.

## Bila 5 thun, ibu mmbelikan baju baru.Kita ucapkan t.kasih dgn bergolek2 di tmpat kotor.

##Ketika usia 7 thn, ibu mmbelikan sebiji bola.Kita ucapkan t,kasih dgn memecahkan cermin kaca tetangga
.
## Ketika menjelang umur 13 tahun.Ibu mnyuruh kita memakai pakaian mnutup aurat.Kita ucapkan t.kasih dgn mngatakan pakaian trsebut ktnggalan zaman.

##Menjelang 15 tahun, ibu pulang kerja dan rindu pelukan kita. Kita ucapkan t.kasih dgn mngunci pintu bilik.

## Ketika berusia 20 tahun, ibu tanya kita tentang teman istmwa. Kita berkata "itu bukan urusan ibu"

## Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantu dan brtanya mngenai masa depan.Kita menjeling dan merungut 'ibu, tolonglah.....!!!!!

## Pada usia 30 tahun, ibu memberi nasihat dan petua pnjagaan bayi..Kita megah berkata 'itu dulu, skrang dah moden...'

## Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan kita tentang acara di kg.Kita mngatakan kita sibuk dan tak de masa utk pulang.

## Ketika kita berusia 50 tahun, ibu jauh sakit dan minta kita mnjaganya.Kita brcerita tntang kesibukan dan kisah ibu bapa yg mnjadi beban.

## Dan kemudian kita mndgr berita kematian ibu..Khabar itu bagai petir.Dalamn lelehan air mata barulah kita sedar segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Maaf..Mp trpksa edit dan pndekkan kisah ni sbb ia agak pnjang...

p/s..kaki masih lenguh2 lagi gara2 panjat bukit....dah lama tak daki mndaki ni.....

Selasa, 4 Disember 2012

Family Day...Letih Mendaki...

Selasa, 4 Disember 2012
Pada 30 Nov lepas, Mp dan fmly mngikuti aktvti yg dianjurkan oleh Lions Club.Sebenarnya suami ahli LC dan LC bebrapa daerah/negeri  telah brgabung utk buat famly day di CH.
Program dimulakan dgn 'Walk For Cure'..aduhhhh penat giler. Ingatkan jalan2 biasa jer.Rupa2nya mendaki bukit di CH.(Montane Park )betul ke tak nama tmpat tu tak pasti pulak. Tak tahulah brapa km kami mendaki, tapi memakan masa hampir 3 jam.Pada mulanya hanya suami dan si abang jer yg mndftar utk mendaki.Tapi bila tiba di sana, Mp, kakak dan bongsu teruja jugak nak turut serta.


boleh jugak kempiskan perut 2 beranak tu..hehehe

bergambar sblum mendaki...

pendakian bermula..ramai jugak si kecil turut serta..


tuan tanah mendaki pakai bapak jins jer..

sian kat antie2 ni semua....beberapa kali brhnti rehat krana tak larat...tapi tetap bersemngat..
sempat posing bila sampai di bawah



sejuk dan nyaman dikelilingi pepohon..

Dah penat..masing2 cari tempat utk berehat...

Dan malamnya pula dinner dan pertandingan karoke..
persiapan utk prtndingan karoke pada sbelah malam...

Mp dan anak2 tidak ikut serta dinner dan karoke malam tu...Ye lah kan..Nak makan pun terasa was2.Majoriti ahli kelab terdiri dari orang2 Cina yg jenis tokey2 besar..Hanya bbrapa kerat shaja Melayu.Jadi semua hidangan ditempah oleh dia orang..Dari awal lagi kami hanya pndang dan geleng shaja walau dibrthu yg makanan tersebut boleh dimakan..
Hanya suami yg ikut serta smsa pertndingan trsebut diadakan...Kami hnya memerap dalam bilik.Pukul 12 mlm barulah suami hntar nasi yg dibeli..Sian anak2, merungut kelaparan.
Keesokannya ada acara tanam pokok di Kg.Raja.Mp dan anak2 juga tak ikut serta.Lepak di bilik jer..Jadi kami tidak tahu pokok apa yg ditanam oleh mereka semua....

intrnet punyalah slow..nak upload pic dan buat ntry baru makan masa 3 hari..adoiiiiii penat giler menunggu..Mood utk bw membara tapi tak dapat masuk rumah kawan2...sabar..sabar..sabar..


Isnin, 26 November 2012

Jomm Makan Durian...

Isnin, 26 November 2012
Dah lama mngidam nak makan durian...Mp memang 'hantu durian'..
Dan dah bnyak kali mnyuarakan hasrat pada husb pasal durian..
Tapi dia buat2 tak dengar....
Nak beli sndiri, mmng dia tak bagi..katanya Mp tak reti beli..
Jadi, tunggu jerlah dia bawak balik durian...
Hari ni masa kat sekolah, dia call brtahu yg ada durian di rumah..
Dah beli pun 4 biji..
Aikkkk...4 bji jer, mana cukup!!!!!!
Balik rumah tengok..memang 4 biji..
Bukannya besar mana pun...


Tak puas hati call suami...4 biji jer?????
Suami kata 4 biji tu pun rega dekat seratus..Selamba jer dia kata kalau Mp berjaya habiskan esok dia beli lagi.....
Wehhhhh..apasal mahal sangat...!!!!
Spesis apa ni??????
 Dengan tak sabarnya Mp terus cari pisau dan.....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Dan inilah isi durian tersebut...Memang terbaikkkk punya...
Usahkan nak habiskan 4 biji, sebiji pun tak habis Mp makan..
Dasar tamak haloba...
Anak2 semua geleng kepala....layan sorang2 mana best..!!!!!
Teringin nak buat crepe durian...itupun kalau rajin..
Kalau  buat bubur durian ngan jagung tentu best jugak ...
(baru jengok blog kak amie pasal bubur tersebut)
Tengok jer lah esok jadi apa kat durian tu..

pssttt..husb gelak...ntry pasal durian pun nak buat katanya...










Jumaat, 23 November 2012

Rindu pada tangisan itu....

Jumaat, 23 November 2012
Dah 9 tahun umur si bongsu...cepatnya masa berlalu...Memang rindu sangat nak gomol dan peluk2 macam dulu....Mendengar tangisan dan rengekan....melihat matanya yg redup...ketawa bila diagah...tenang wajahnya..setenang air di tasik...segala masalah lenyap bila memandangnya...
Sesekali bila anak2 dgn hal masing2, terasa sunyi sangat...
Alangkah bahagianya jika ada si kecil di dalam rumah...
Kenapa tiba2 merepek ni??????
Bukan merepek....
Tapi ia mimpi yang tak sudah....Angan yg tinggi melangit tapi tak tercapai dek tangan....
Berangan nak cari anak angkat, tapi ia belum pasti..
Nak pinjam anak orang, tak mungkin akan diberi....
Sekadar menatap dgn cemburu dihati....
Mungkin bukan rezekiku lagi.....




Ahad, 18 November 2012

Debaran melanda...

Ahad, 18 November 2012
Pertama kali dgr lagu Asmidar - Biar Sampai ke Bintang. 
Best sangat lagu ni...

Biar mimpi2 kita 
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yg terlalu tinggi
Tiada lautan yg terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi2 kita

Jangn resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi2 kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita.
.
p/s..pernah dgr ke lagu ni????Kalau tak pernah dgr..cari kat you tube ya..sayang kamu muaaahhhh...
 
 pic pnjam dri google

Lirik lagu  ini Mp tujukan khas utk seorang sahabat Mp sempena hari lahirnya...
Selamat Hari lahir, semoga sntiasa berbahagia di samping keluarga tersayang...
Dan semoga segala impian menjadi knyataan...
Mp memang cukup sayang akan persahabatan ini..
Berharap agar persahabatan ini terus berkekalan walau sntiasa di landa ribut dan taufan...
 Kadang teratak hati terbakar akan sikapmu..suka mngutuk, suka perli dan macam2 lagi karenah yg MENYAKITKAN HATI...
Namun itulah KEMANISAN dalam PERSHABATAN ini..
Yang penting kita IKHLAS dan memahami antara satu sama lain....

*******************************************************************************
Debaran mula melanda..esok kputusan UPSR akan keluar...Risau, bimbang dan takut mula mnguasai diri..Semoga anak dan anak didik yg disayangi berjaya..Harapan mnggunung tinggi...


Sabtu, 17 November 2012

KECEWA di MALAM RETRO...

Sabtu, 17 November 2012


Sebenarnya kisah ini telah dua mnggu berlalu.Pada mulanya mmng tak nak buat ntry ni..Tapi bertukar fikiran pulak..Sekurang2nya dapat dijadikan pengajarn utk Mp sndiri pada masa depan.

Al-kisahnya, pada malam 6 Nov tmpat kerja Mp adakan dinner akhir tahun utk semua staf bertemakan retro. Jadi kita orang pakat2 google cari pakaian utk tema trsebut.Mp pulak telah tempah skirt labuh utk dipakai bersama baju plkadot..Masing2 brsmngat utk bergaya..

Seusai solat Maghrib, dgn smngat berkobar2 mnyarung baju dgn tudung ala2 retro..Fuhhh, brgaya sakan.Ketika sedang membelek muka di cermin, husb balik.Tak semena2 keluar prkataan dari mulutnya "TUKAR BAJU TU" ...Pada mulanya ingatkan husb brgurau, tapi dgn nada serius dia mminta menukar baju.Mp cuba pulak baju lain..sehingga 5 pasang pakaian bertukar ganti..Namun semuanya TIDAK DILULUSKAN.Air mata hampir mngalir.Akhirnya Mp menyarung baju kurung moden tanpa apa2 tema pun...Keluar rumah dgn perasaan seribu satu macam...Cukup kecewa dgn sikap suami.Kenapa susah sangat dia nak memahami. Bukannya selalu pun..Tapi akur dgn kenyataan, apapun dia suami.Mungkin dia inginkan yg terbaik utk isterinnya..Nasib baik jugak dia izinkan pergi ke majlis tersebut.

Mungkin salah Mp jugak tidak memaklumkan lebih awal tntang pakaian tersebut..Dari awal kawin smpailah skrang, hmpir semua pakaian Mp dari atas kpala hngga ke kaki ditentukan oleh husb..Saiz baju hngga kasut dia hafal dan dibeli bersamanya.Kalau ada yg Mp berkenan, dibeli jugak curi2 tanpa pngthuannya.

Ketika melangkah masuk ke dewan pada malam tu..Mp terkejut tengok semua kawan cukup sporting dgn pakaian masaing2.. Mp ambik tempat dan duduk tanpa spatah kata..Memang cukup kecewa.Masih terbayang sikap suami di rumah dan hati masih mnyalahkan suami...Bbrpa orang kawan perasan sikap Mp..Dan Mp trpksa citerkan semuanya...Malam tu, tidak ada snyuman, tidak ada kata2 dan tidak ada hilai tawa.

Selesai jer majlis, Mp terus angkat kaki utk pulang.Rasanya Mp yg terawal pulang tnpa brgambr dgn kawan2 dan tanpa skping pun gmbar knangan pada malam retro tersebut.



apasal pulak ada ksilapan pada tarikh di belakang tu..??? baru perasan yg ditulis 6 septmbr bukan november..

.
 semua gmbar dicilok dari fb rakan (erin dan pndidik sksw)
Hanya 4 kping jer yg dicilok sbgai tnda kenangan..

Apa yg berlaku mnjadi pngajarn utk Mp.Apapun yg kita lakukan dan akan kita lakukan mestilah dalam pengetahuan suami (utk yg dah kawin) dan mndapat izin darinya.Apa yg menarik di mata orang tidak semestinya menarik di mata suami kita......

Khamis, 15 November 2012

Dapur Idaman Hati Dah Siap....

Khamis, 15 November 2012
Selamat Menyambut Tahun Baru utk semua kawan blogger.Semoga kita semua diberkati dah sntiasa di bawah rahmat-NYA.
Untuk teka-teki dalam ntry lepas, yessss jawapannya Bandung.Semuanya meneka dgn  tepat.Tapi tiga orang saja yg terpksa Mp pilih brdasarkan jawapan tepat dan cepat.Pada yg lain, Mp mnta maaf ya..tapi Mp tetap sayang kamu semua ketat2..
1. Kamsiah - kamsiah-yusoff.blogspot.com
2. Rozita - kasihrozita.blogspot.com
3.Umialya - mimialya1.blogspot.com

Sila emel Mp dgn segera ya(alamat dan no.phone)  zulina_zul@yahoo.com utk pnghantaran hadiah.

*********************************************************************************
Seronok sangat saat ini.Dalam Hati ada taman yg berbunga wangi...
Dapur idaman hati Mp dah siap...walaupun penat mngemas selepas balik dari bercuti tapi digagahi jua. Betul2 xcited...Nasib baik kakak bnyak membantu.Ringanlah sikit kerja2 mngemas..Sebenarnya ntry pasal dapur dah Mp buat pada bulan Sept..Ramai kawan yg mmnta Mp letakkan gambar kabinet yg dah siap...
Terima kasih pada AZIE coz mencadangkan warna hitam+kelabu..memang cantik kmbinasi warna tu...
Ok, jommmm layan gambar di bawah....

sebelum..

selepas...




Alhmdulillah,dah siap...terima kasih utk husb kerana merealisasikan  impian Mp utk dapatkan sebuah dapur moden yg cantik...belum siap lagi bab mendekor dapur ni...

Kos keseluruhan utk siapkan dapur Mp
Kaunter top - granite warna hitam = RM7500
Kabinet = RM8000
Dapu + hod = RM3500
Jumlah =RM19000

Harap2 lepas ni Mp rajin ke dapur..Tapi bila tengok dapur yg cantik, SAYANG pulak nak guna..hehehe
Sedang memujuk suami utk dapatkan sebuah bilik bacaan utk Mp...tapi suami masih kata No,No,No...

Rabu, 14 November 2012

Cuti2 dan teka-teki....

Rabu, 14 November 2012
9 November 2012
Pukul 10.30am, ke Lot 10. Suami ingin membeli barang utk hari lahirnya, Macam biasa, Mp pilih dia yg bayar dan hadiah utk orng memilih melebihi hadiah hari jadi..Thnks laling, beribu lemon dihabiskan.Walaupun soping dalam keadaan kelam kabut, tapi puaaaaaasss hati sangat...

11.45 am.
Bertolak ke Sepang, hantar kereta ke rumah kawan husb di Sepang.Bergegas ke LCCT.Selepas check-in, lepak skjap.Pukul 3pm pngumuman dibuat mnyatakan flight yg Mp akan naiki delay. Sepatutnya pukul 3.10pm dah berlepas.Pengumuman kedua dibuat mnyatakan flight delay lagi dan berlepas pukul 5pm.Tapi pngumuman ketiga mnyebabkan jantung hampir luruh. Flight yg sepatutnya dinaiki terpksa dibatalkan krna masalah teknikal.

6.00pm
Semuanya mnyerbu kaunter AA utk dapatkan maklumat lanjut.Sian petugas kat situ, kena sumpah seranah dan hampir berlaku prgaduhan.Tapi pihak AA telah sediakan polis bantuan dikaunter trlebih dahulu.Pndai diaorang.Menunggu lagi kaunter utk mndapatkan tiket seterusnya..Berebut tiket utk flight malam..Namun hampa.Yg dahulu, didahulukan....Dapat jugak tiket tapi AA bagi pilihan sama ada tukar dstinasi atau bertolak malam keesokannya..Suami dah hangin...tapi trpksa jugak akur..

7.40 pm
Menunggu van utk dihantar ke hotel oleh pihak AA.Mp ditempatkan di Nilai Hotel bersama bbrpa orng yg lain .
Jam 8.30pm tiba di Nilai Hotel. Badan dah terasa amat penat. Selepas dinner, terus masuk tidur.

10 November 2012
4.00am
Dikejutkan oleh pihak hotel.Bas telah mnunggu utk mnghantar kami  ke LCCT...Rasa macam nak pitam jer kerana penat.

7.00am
Menaiki flight.Walau trpksa mnukar destinasi, tapi Mp selamat tiba juga setelah menempuh 2 jam prjalanan.......Pengalaman pahit di LCCT telah hilang diingatan.

10.00am
Sementara mnuggu waktu makan dan seterusnya  bertolak ke destinasi, sempat jugak singgah di bbrpa tempat.
bersama guide kami...

bersama laling..Baru perasan yg badan Mp dah sama saiz ngan suami...aduhaiiii...
Setelah menempuh perjalanan melalui darat yg memakan masa hampir 5 jam kerana jalan jem, Mp tiba juga ditempat yg dituju...

 Di hadapan hotel.
Semangat utk soping berkobar2....Sebenarnya tujuan utama Mp ke sana utk tempah langsir.
Dua malam di sana, nasib baik langsir sempat disiapkan..Tapi Mp bukannya jahit banyak pun...Hanya utk ruang tamu jer...

Sebenarnya Mp terbeli Fm secara borong dan agak bnyak jugak...Jadi,Mp akan berikan Fm tersebut kepada kawan2  yg dapat meneka dengan cepat dan tepat destinasi Mp kali ini...Sebagai tanda kasih dan sayang Mp kpada kawan2 yg selalu singgah diblog Mp.Terbuka kepada blogger Malaysia shaja.Tiga orng yg akan dipilih sbgai pemenang akan menerima satu paket yg mngandungi 6 fm setiap seorang.

Isnin, 5 November 2012

Sesekali Beralih Angin.....

Isnin, 5 November 2012

Sebenarnya letih yg teramat..Mp baru jer balik dari mngiringi murid2
mngikuti lawatan ke Melaka-Kl..Kali ini kami ke sana di bawah pakej KTM..Dengn RM190 perkepala, rasanya mmng berbaloi.Tapi aktvti mmg betul2 padat.Melayan karenah 71 orng murid..mmng mencabar.Tapi sbnarnya mnyeronokkan.......

Bertolak dari daerah Mp pukul 10.30 mlm dan tiba di stesen krtapi Tampin pukul 6.45am.....Dua bas sedia mnggu di sana.Bila kita mngikuti pakej KTM, ckgu tak payah susah2 nak pikir pasal bas, penginapan dan tempat makan..Semuanya diuruskan oleh KTM.Ini kali kedua sekolah Mp ambil pakej ngan KTM..Ibu bapa skrang ni susah utk mlepaskan anak2 menaiki bas utk lawatan ke tempat yg jauh...Tapi kalau buat ngan KTM berebut2 nak join....

Solat Subuh di Masjid Pulau Sebang...Cantik ukiran masjid tu..

Sempat melayan 'anak2' posing...ehhhhh, macam kawan pulak..

Menginap di Asean Heritage Resdnce Melaka....Sebuah rumah menempatkn 10 orng murid. Dgn 4 bilik dan 4 bilik air..cukup selesa..Tak boleh citer lebih2, nnti jadi macam iklan pulak...Macam biasa, ckgi2 yg terlebih posing...
abaikan tuan tanah yg semakin membesar...hehehe...

Sehari suntuk melawat tempat2 bersejarah di Melaka....mmng tak de rehat..Berjalan dan terus berjalan menjelajah bandar Melaka.....singgah soping di Mahkota Prade...ckgi yg senyum lebar bab soping...

Hari kedua bergerak ke KL..semua aturcara lawatan disediakan oleh KTM jugak..Kita cuma ikut jer..

KLCC

beratur utk masuk ke Petrosains...

 Sehari suntuk melawat KL..Muka2 yg keletihan.Di KL Sentral, mnggu tren utk balik...

Bergambar kenangan di KL Sentral...semua gmbar blurrrr jer...tak de kamera...

Atas tren..satu koc kita orang yg duduk..punyelah bising budak2 tu..Ada yg tak tidur langsung...macam2 ragam...

Naik tren di KL Sentral pukul 8.30 mlm dan tiba di daerah Mp pukul 7.30 pagi....Badan dah rasa sakit2....sengal2...Tapi budak2 cool jer....Dua malam tidur atas tren, mmng memenatkan tapi sesekali beralih angin mmng mnyeronokkan...

tuan tanah mmng suka posing mngada2....semua gambar kelabu dipandangan...tengok sebelah mata jer lah ya....

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Terima kasih atas ucapan hari lahir dan doa yg dititipkan oleh kawan2 utk laling...Senyum jer laling baca...
Minggu akhir persekolahan..mmng teramat sibuk....Banyak kerja yg perlu dibereskan...Maaf Mp pohon coz tak sempat ziarah ke rumah kawan2..InsyaAllah, ada masa pasti Mp akan kunjungi ya..

Untuk seorang sahabat...
Bila kita rasa sesuatu itu penting, tetapi dianggap remeh..Memang akan terasa hati...
Dan bila apa yg kita buat tidak dihargai...Memang cukup mngecewakan...
..semoga ada ketenangan dalam persahabatan ini...

Jumaat, 2 November 2012

Selamat Hari Lahir Laling...

Jumaat, 2 November 2012
02112012
Tarikh keramat yg sntiasa dalam ingatan...
Hari lahir suami tersayang...
Selamat Hari lahir...tiada kata indah utk diungkapkan,cuma doa mengiringi setiap langkahmu...Semoga sntiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik,dan sentiasa di bawah rahmat-NYA....

Hadiah...???? Kalau bercakap pasal hadiah,paling seronok sebab hadiah utk husb akan dipilih oleh Mp dan akan dibayar oleh tuan punya sndri..Berbelas tahun kawin, cuma dua kali jer Mp beli hadiah utk husb, yg pertama, suami tak berkenan (konon nak bagi kejutan)  dan yg kedua h/p yg reganya hampir sebulan gaji Mp..lepas tu tobat dah...tak mahu beli hadiah utk suami coz dia mmng CEREWET.....
Dan biasanya, Mp juga akan dapat hadiah iringan sempena hari lahirnya....SERONOK weiiii.....tak sabar nak tnggu saat tersebut...

Kek..????? juga tak pernah beli sempena hari lahirnya...Dia cukup suka dgn makaroni bakar.Biasanya Mp akan tempah 2 biji makaroni bakar utk dimakan bersama2...Tahun ni Mp berangan utk buat sndiri makaroni bakar....itupun bergantung pada tahap kerajinan....

Gelaran 'Hero Tamil' yg Mp berikan sejak dulu.....Dah pun 44 tahun umur laling..beza umur kita bbrapa tahun ..tapi nmpak macam Mp yg dah tua...huhuhu....

Masa baru kawin dulu, kecik jer perut...sekarang ni makin ke depan...tak pelah, janji bahagia...

serius jer muka......apapun selamat hari lahir syang.......


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sabtu, 27 Oktober 2012

HARI INI DALAM SEJARAH......

Sabtu, 27 Oktober 2012
Raya kali ni, Mp dan keluarga tak balik kg...tak jugak ke rumah mertua...Pertama kali suami mengesyorkan beraya di rumah sendiri....Mulalah pening kepala memikirkan menu utk dihidangkan..Biasanya kalau beraya di rumah mak, Mp tak perlu susah2 nak pikir menu utk pagi raya.Mak yg sediakan semuanya..Begitu jugak kalau beraya di rumah mertua...Kakak ipar yg brtngkus lumus mnyediakan masakan..Mp jadi pemerhati jer...

Malam raya, sibuk dgn anak dara go0gle cari resepi masak lontong, sambal dan resepi utk ayam...Jumpa resepi dari blog Ucu Bakery..Ayam mandelay...Memang sedap ayam tu...
Seawal kul 5am dah bangun siapkan apa yg patut...Nasib baik semuanya siap sblum solat sunat hari raya....

Kali ni, mak dan abah dipaksa rela beraya di rumah Mp..Pukul 11 pagi, mak, abah dan adik tiba di rumah...kbetulan abang dan adik dari KL balik, terus singgah rumah beraya sama..Cukup seronok kumpul ramai2..Riuh rendah dgn suara anak sedara....Bila mak tiba, mak yg ambil alih masak utk makan t/hari dibntu olek kakak ipar yg mmg terer memasak..Lega rasanya..

Tapi pada malamnya, semua berangkat pulang ke kg...Mp tak ikut mak pulang...cuma sibongsu yg ikut sama...Malamya, ada kawan datang..seronok rupanya beraya di rumah sndiri..

Raya kedua..menerima kadatngan beberapa tetamu...Rumah Mp kembali riuh dgn suara kanak2....Merajinkan diri memasak nasi utk utk tetamu yg datang...Letih tapi berbaloi.....Paling seronok dgn kahdiran kawan2 lama masa sekolah dulu....

Dan petang tadi. masa mngemas rumah...barulah Mp perasan ada sesuatu yg tak kena....Cari telepon utk call si bongsu..tapi telepon tak de...puas mencari di merata tempat..tapi hampa..Mula2 call, tak berjawab..lepas tu tutup terus..Terkedu Mp sktika....Telepon tu suami letak atas meja makan... Dah sah ada orng ambik..Nak tuduh siapa????? entahlah.......Semua no penting dan gambr2 dalam tepon tu....Hilang kawalan jugak kejap....Sepatah kata suami.."kadang2 orng yg kita kenal tidak boleh dipercayai..."

Telepon tu pulak pemberian suami...Ye lah kan, telepon boleh beli baru...cuma apa yg ada dalam telepon tu susah nak cari ganti...Mungkin bukan rezeki Mp..

Sebenarnya nak tayang apa yg Mp masak..tapi gmbr2 semua dalam telepon tu....Tak de kenanganlah jawabnya....PERINGATAN utk DIRI SENDIRI, letak barangan berharga dalam bilik jika ramai tetamu yg datang....!!!!!!!!!! Sebab rambut sama hitam, tapi hati ada yg lagiiii hitam....

 Pagi raya, sempat posing ngan 'kesayangan' yg telah diambil alih orang lain...pic cilok dari tepon suami...

Zoommmmmm kan pic tu...Bukan milik lagi...mungkin ada yg berkenan ngan cover oren yg kiut miut tu........


Rabu, 24 Oktober 2012

Bukan WW....Macam budak-budak...

Rabu, 24 Oktober 2012

.

Bila seorang sahabat melihat gambar tuan tanah...terus jer dia kata.."Macam budak2 peluk benda tu"
ok...ni penjelasan tuan tanah....
1. Masa kecik2 dulu, tak de peluang nak peluk benda tu   coz tak de duit nak beli sendiri...
2. Peluk benda tu tak de orang nak marah coz  tak de perasaan...
3.Benda tu diammmmm jer bila kita peluk dan gomol....hahahahaha...
4. Benda tu bukan tuan tanah punya, pinjam dari anak....dah tua2 ni mana sesuai main benda tu...
5. Sesekali seronok jugak berperangai macam budak2...bagi ler peluang tuan tanah melepaskan giannya..
6.Terasa muda sangat bila peluk benda tu....jgn jelessssss ya...kalau nak peluk juga, mehhhh datang umah..ada beberpa ketul benda tu..tak perlu berebut....


pssssttt...ntry ni pun mcm ntry budak2....





Isnin, 22 Oktober 2012

TERIMA KASIH KERANA MENGINGATI....

Isnin, 22 Oktober 2012
Alhmdulillah...rezeki...Terima kasih kepada kawan2 yg sntiasa mngingati Mp walau ke mana pergi...Ole2 yag diberi amat bermakna utk Mp...

Dari seorang sahabat baik yg mngunjungi Australia...

Juga dari seseorang yg ke Australia...

Batik sarung dari Sarawak...cantik dan menjadi idaman Mp sejak dulu...

Dari seseorang yg baru balik dari Paris....cantik Fm ni...

Paling istimewa..baju idaman akhirnya menjadi milik jua...
Terima kasih kepada husb kerana memahami kehendak hati Mp...kejutan yg mengharukan...

Dan Ucapan TERIMA KASIH juga utk semua sahabat maya yg tak jemu2 singgah ke 'rumah' Mp yg serba kekurangan ini...Semuanya amat bermakna....


p/s..utk seorang sahabat, terima kasih kerana cuba utk memahami diri ini yg kadang2 terlalu mementingkan diri sendiri, terlalu emosi,terlalu melampau sehingga mnyusahkan....

 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang