Jumaat, 18 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Jumaat, 18 Mac 2011
CANTIKKAH KITA?????????

Semua wanita ingin cantik dan sempurna...
Ada yg berangan-angan ingin secantik Erra Fazira dan secomel Siti Nurhaliza...
Kadang2 terbit rasa cemburu di hati melihat kecantikan wanita lain..
Terdetik dalam hati kita..'kenapa aku tidak secantik dia?????'


Kecantikan adalah perkara subjektif yang sukar ditentukan kriterianya..Ada yang menilai kecantikan dari sudut rupa paras,ada yang menlai kecantikan dari senyuman dan ada juga melihat dari budi bahasa..Kita semua mempunyai persepsi berbeza dalam menilai kecantikan... .Jika kita tidak cantik...kita boleh mencantikkan hati kita kerana dengan keluhuran hati akan menaikkan seri wajah..
Kecantikan bukan hanya terletak pada paras yang indah..tetapi juga meliputi tutur kata dan tingkah laku yang  sopan.
Rupa paras yang indah hanya bonus....tetapi tidak ada gunanya jka kita mensia-siakan bonus tersebut 
dengan perlakuan yang buruk....

'AGAR MATAMU TERLIHAT CANTIK...PANDANGLAH PADA KEBAIKAN ORANG LAIN,
AGAR BIBIR BASAHMU TERLIHAT LEBIH CANTIK, TUTURKANLAH KATA2 YANG SOPAN'

Rabu, 16 Mac 2011

Aku Dan Hobi

Rabu, 16 Mac 2011
TAMAN DI LAMAN

Hari ini Mp nak berkongsi hobi Mp lagi....Kalau dlam entry lepas pasal novel, tapi kali ni pasal Taman di Laman Mp.....Mp jenis yg memang minat...bukan main2..tapi betul2 minat bab menanam pokok bunga...Pelbagai jenis pokok bunga ada di laman Mp...Dan semuanya tumbuh subur mnghijau..emmmm sperti tuannya lah...Cukup baja, disiram, dijaga, dibelai....dan diberi sepenuh kasih sayang.....Time cuti sekolah ni paling seronok..Mp dapat bersama 'buah hati' Mp ni setiap masa..mmng seronok!!!Ok..jom tengok gmbar 'buah hati' Mp ni..

Jangan tanya pulak nama pokok2 ni...mmng MP tak tau....cuma reti tanam jer....pah tu membaja dan siram...yang penting subur dan indah dipndngan...MENGHIJAU...

Semua pokok ni jenis yg tidak berbunga...bukan tak minat pada pokok berbunga..tetapi Mp lebih suka pokok yang berdaun jer walaupun Mp paling suka pada bunga ros dan orkid.

Semua pokok ni Mp beli dari nrsry di merata2 tempat.....tetapi ada juga yg diberi oleh kawan2.......yang penting ianya menarik perhatian.......


Beberapa orang kawan Mp mngatakan hobi Mp ini membazir..Yelah..dia orang kata lebih baik tanam sayur...dapat jugak hasilnya....Tapi problemnya...Mp tak suka menanam sayur......Kalau dipikirkan memang betul jugak....dapat jugak jimat wang.......Tanam sayur kena fikir kemudian......

Sabtu, 12 Mac 2011

Aku Dan Catatan

Sabtu, 12 Mac 2011
BETUL KE WANITA KUAT BERLETER??????????

Kajian di London mendapati bahawa golongan isteri berleter 7,920 minit setahun terhadap suami mereka.Tempoh masa ini bersamaan 2 jam 30 minit setiap minggu. 11 jam sebulan atau hampir 6 hari dalam setahun. Kajian dilakukan terhadap 3000 orang dan mendapati leteran isteri disebabkan oleh suami yang tidak membantu isteri mengemas rumah, tidak membasuh pinggan mangkuk dan tidak mendapat rawatan doktor.


Kajian ini juga mendapati isteri tidak rasa bersalah apabila berleter dan pada masa yg sama suami berasa bahawa leteran isteri adalah betul walaupun mereka mengakuinya secara rahsia. Seramai 87% wanita mengakui mereka tidak malu berleter kerana terlalu sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu perkara ke arah kebaikan. Strategi berleter dikatakan amat berkesan untuk kebaikan bersama walaupun suami tidak mnyukainya.


p/s...Itu kajian di London..Di Malaysia, tak taulah..Tapi bagi pendapat peribadi MP, isteri berleter ni bersebab..bukan saje2 nak pot pet pot pet.....untuk suami, anggaplah leteran isteri irama merdu yg mngasyikkan...Jngan pulak tutup telinga dan blah semasa isteri berleter..cuba dgr..ada mesej di sebalik leteren tu...ITULAH KEISTIMEWAAN WANITA.!!!!!!!!!!!!..MP sendiripun..kalau tak berleter dalam sehari..mulut ni rasa payau jer....
 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang