Rabu, 28 September 2011

TUHAN TERIMALAH AKU...

Rabu, 28 September 2011
Minggu ni Mp berjaya mnghabiskan buku Tuhan, Terimalah Aku...Buku ini mnghimpunkan kisah benar yg dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci...


Membaca buku ini boleh memberi keinsafan kepada kita..juga boleh mngundang air mata...Apa yg berlaku kpada kita adalah ketentuan-NYA...perjalanan hidup kita tidak sama..Kisah negatif yg dipaparkan tidak berniat utk menakut-nakutkan sesiapa yg berhasrat utk ke Tanah Suci..Tapi kita perlu belajar dari pengalaman orang lain, semoga kita tidak mngulangi  kesilapan yang sama..

Teringat Mp ketika menunaikan umrah pada 2009 bersama suami dan mertua..Ketika melihat Kaabah di hadapan mata..terasa bagai diri diawan awangan...Tidak dapat untk digmbarkan dgn kata2.Airmata lantas mngalir..begitu sayu...terasa diri cukup kerdil di sisi-NYA..Terbayang segala dosa yg telah dilkukan.Adakah Allah mngampunkan segala dosaku??????.

Seperti orang lain, Mp juga tidak terkecuali menerima ujian drpada-NYA...Ujian dan dugaan yang cukup hebat..Peristiwa tersebut masih segar diingatan Mp..dan mngkin tdk akan dilupakan sampai bila2...Cuma buat masa skrang, Mp masih belum bersedia utk berkongsi kisah tersebut..Biarlah ia tersimpan di kotak ingatan Mp..


Bersama suami dan mertua

Dugaan tersebut mnyebabkan hubungan Mp dan suami mnjadi renggang di sana..Namun, Alhmdulillah..Allah Maha mendengar...semuanya pulih sprti biasa...
Apa yg berlaku....cukup mnginsafkan..menyedarkan Mp yg kita perlu sntiasa BERSYUKUR dan SABAR dalam apa jua keadaan...

Sebagai hamba Allah....kita makhluk yg LEMAH dan kita tidak lepas dari melakukan kesilapan..adakalanya kita mnyalahkan TAKDIR atas segalanya sedangkan  ada HIKMAH yg diberikan...Dugaan yg diberikan sbgai tanda KASIH SAYANG ALLAH terhadap kita..juga utkk mnguji keimanan kita terhadap-NYA..

Mp berharap suatu hari nanti, Mp akan berpeluang utk mnjejakkan kaki ke sana lagi....Semoga apa yg diimpikan menjadi knyataan...Dan tidak ada salahnya jika kita meminta pertolongan rakan2 utk doakan di hdpan Kaabah supaya kita akan mngikut jejak langkah mereka ....



p/s..utk kawan2 yg akan menunaikan ibadah haji..selamat berangkat dan semoga mendapat haji yg mabrur...

17 ulasan:

NzA berkata...

kena cari jugalah buku tu....
InsyaAllah semoga Allah kabulkan doa2 kita utk ke sana....

insan_marhaen berkata...

IM juga selalu mendengar kisah-kisah di Tanah Suci. Bimbang juga berlaku ke atas diri IM jika ke sana.

nuwairani ismail berkata...

mesti tak tergambar perasaan ketika berada di sana menunaikan ibadat...sekrang ni nani dalam usaha potong gaji sikit2 masuk tabung haji...org kata kalau kita belom mampu nak pergi tapi dh simpan niat pon insyaallah dh dapat pahala...

Puan Kutu berkata...

alhamdulillah aku dah pernah sampai ke tanah suci..betul tu pengalaman mereka patut dijadikan teladan semoga kita tidak mengulangi..kata org ditanah suci apa yg berlaku semuanya Allah bayar cash..

S..U..D..@..I..S berkata...

subhanallah alhamdulillah allahuakbar

azieazah berkata...

Seronok baca kisah pengalaman sekian ramai orang semasa berada di tanah suci. Beruntunglah.

Benar, kita selaku manusia biasa pasti ada ujian dan dugaan tersendiri.

Yang penting, kita belajar dari ujian tersebut, dan perbaiki diri.

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Mp, akk pun suka baca2 kisah pengalaman kat kota mekah, tentu banyak mengisafkan diri kita dengan kebesan Allah. Kalo jumpa nak beli jugalah buku tu, -

ajumohit berkata...

Menonton rancangan di oasis astro dpt mggmbrkan jalan cerita buku ni, betapa kerdilnya Kita di sana ya kak, smg Ada rzki utk ke sana

~ yus ~ berkata...

yus pun berharap satu hari nanti dapat jejak kaki ke sana..

baca entri akak ni buat yus terasa nak sangat dapatkan buku tu sekarang juga....

Ann Huda (Ate) berkata...

Kagum MP boleh ke Mekah bersama ibu mertua. Biasa dengar ramai tak sanggup (especially kalo pergi Haji) takut suami 'tersepit' antara ibu dan isteri. Walau hubungan dg mak mertua baik pun, mereka kata di Mekah ni macam2 Allah nak uji. Wallahu alam.

Zaitun berkata...

Memang tak dinafikan kalau kita pernah kesana jiwa akan sentiasa merindui,kalau boleh nak pergi selalu.

Ada hikmah disebalik dugaan yang Allah beri.

Maya Mayana berkata...

harap2 yana sempat utk jejak kaki ke sana...buku2 mcm ni selalu yana baca ialah Hidayah :)

Yati berkata...

Masa mak cerita pengalaman di Mekah masa pergi haji, pun buat Yati rasa insaf. Menarik buku tu. Nak pergi cari la. :)

sal berkata...

teringin juga nak baca..bilalah nak gi cari...

nak juga pergi..hajat belum kesampaian..moga Allah dorongkan dan permudahkan hajat kita...amin..

ORLANDO AHMAD berkata...

teringin nak blajar kat sana plak

Hanis Azla berkata...

bagus yer buku tu.. mudah2an kisah2 org lain itu jd tauladan utk kita memperbaiki diri.. teringin sgt nak ke tanah suci.. harap2 tercapai impian tu dalam masa terdekat ini..

azian berkata...

MP...
apa yg berlaku pasti ade hikmahnya...cuma kita belum realize lagi bende tu kot.....selalunya mcm tu kan...pada pendapat sy laaa...

Catat Ulasan

terima kasih daun keladi....

 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang