Inilah realiti yg terpksa Mp hadapi..sebagai seorang ibu dan juga seorang guru, yg mngajar anak sndiri dalam kelas...Bnyak yg pahit terpaksa ditelan......Namun Mp terpaksa tetap dgn pendirian walau sukar utk diluahkan dgn kata2......
Pening juga kepala memikirkan tentang Ammar (hero Mp). Tahun lepas, semasa darjah 5, dia banyak kali mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan...wakil sekolah utk bola baling...wakil daerah utk catur dan wakil negeri ke perkhemahan peringkat kebngsaan.....Banyak ketinggalan dalam pelajaran...utk catur jer dia mnggalkan pelajaran hampir 2 mnggu bila terlibat dng latihan pusat......Dan hasilnya, keputusan examnya merosot dgn begitu teruk..Mp memang malu dgn kawan2.terdengar komen dari kawan2 yg mengajarnya....Ammar tdk menumpukan perhatian dalam kelas....Mp dan kawan2 dah bnyk kali menasihatinya supaya tumpukan perhatian..namun seperti mncurah air ke daun keladi.....
Tahun 2012...Ammar akan mnduduki UPSR..dan tahun ini..Mp sndiri yg mngajarnya utk satu subjek teras.......PERASAAN SERBA SALAH MAKIN MENEBAL......Dari awal tahun, dia sibuk dgn pelbagai latihan utk mewakili sekolah....latihan bola tampar dan latihan bola sepak.
Namun tidak seperti yg disangkakan...dia mula serius dgn latihan bola sepak menjelang Mac..Bayangkan, dia habis xtra klas pukul 3.50 pm...dan pukul 5pm dia mula smbung dgn latihan bola sepak ...kadang2 latihan diadakan sebelah pagi sebelum rehat...jadi mmng dia ktnggalan waktu p&p sblum rehat...bila masuk kelas lepas latihan, dia dah mula letih....tidak serius belajar...bnyak kali ditgur oleh guru dan bnyak kali jugak Mp membebel dalam kelas....kadang2 terpikir jugak, knpa dia minat sngat dgn semua prmainan tu..macam tak de orng lain yg layak.....berbuih mulut Mp melarang dia bermain....segan pulak dgn kawan2 yg mngajar dia ...keputusan ujian bulanan (feb) baru2 ni...dia mendapat kputusan yg agak teruk jugak walau tak de yg gagal....Mp mmng cukup kecewa, apatah lagi ramai kawannya mndapat A utk subjek yg Mp ajar....
Gambar ni Mp ambik ketika Mp masuk ke kelas Ammar di tingkat 3..Bila tengok tempat Ammar kosong, Mp mula brtanya pada kawan2nya...Rupa2nya Ammar terlibat dgn perlawanan prsahabatn dgn sekolah brhmpiran...Memang Mp tak tahu menahu lngsung....Sehari suntk dia tak masuk kelas...
Mp boleh byangkan perasaannya bila tengok kawan2nya menaiki kereta utk ke perlawanan tersebut.Penat berlatih tapi tak diizinkan bertnding....Dan Mp mendapat aduan dari guru kelasnya yg dia protes dalam diam......tidak mnumpukan perhatian dan bermain dalam kelas....Ketika Mp masuk kelaspun...dia tidak mnnnjukkan respon...dia buat tak tahu jer dgn kehadiran Mp...Riak mukanya mnggambarkan perasaan tidak puas hati...Namun Mp terpksa telan......Entahlah....mmng betul2 dalam dilema...Dan Mp perlu KUAT utk hadapi semua ni....
23 ulasan:
Assalam Mp. akk sebagai ibu faham perasaan MP. Mmg betul bila ada perlawanan atau apa2 acara mesti kelas atau pembelajaran ketinggalan, mcm anak akk, kalo latihan ptg sekolah agama terpaksa ponteng. Mcm sekarang latihan lawan peringkat kebangsaan antara negeri2, dari 1 - 10.3 langsung tak masuk kelas, mmg dlm dilemma mamanya, tahun dpn exam. Tapi apa nak buat dia minat sangat. Akk pun faham perasaan ammar tu, mesti dia menjeruk rasa, sedih dan kecewa, buat lah yg terbaik MP
rasanya elok berbincang semula dgn anak mp maybe dia fhm apa yg mp inginkan...js mmg memberi kebebasan utk anak2 tetapi pelajaran tidak blh terabai & kenakan buktikan mendpt A..
**alhamdulillah setakat ini anak2 membuktikan mrk berjaya...
Kak Rosa...
w'salam....entahlah kak...malu jugak dgn kawan2 bila prestasi ammar merudum....
Lama jugak anak akak latihan ya...mmng sbgai ibu, kita inginkan yg terbaik utk anak2....
JS...
Sedih sbnrnya bila kebebsan yg Mp beri disalahgunakan oleh anak....Bila bermain, dia seakan lupa pada pelajarannya....
Alhmdulillah, tumpang bngga dgn kejayaan anak JS...
Salam, mp tindakan mp dan suami saya sokong sepenuhnya. Mesti ada batasannya. Biasa lah ibubapa pandangan lebih jauh ke depan memikirkan masa depan anak -anak. Jika ammar merajuk biarkan dulu dia sejuk, lepas tu bincang tentang rajuknya itu dan beri pilihan kepadanya dengan memberitahu bahawa rajuk itu tidak akan dapat memberi pelepasan untuknya bermain tetapi perubahan sikap dengan berlaku adil kepada pelajaran akan membolehkan mp dan suami mempertimbangkan penglibatan ny di dalam sukan. mp dan suami mesti konsisten dengan keputusan yang dibuat kerana jika rasa bersalah menguasai hati, lau membenarkannya bermain tanpa syarat selepas ini, usaha untuk mengajarnya membahagikan masa akan menjadi semakin susah..
wasalam.
Salam, mp tindakan mp dan suami saya sokong sepenuhnya. Mesti ada batasannya. Biasa lah ibubapa pandangan lebih jauh ke depan memikirkan masa depan anak -anak. Jika ammar merajuk biarkan dulu dia sejuk, lepas tu bincang tentang rajuknya itu dan beri pilihan kepadanya dengan memberitahu bahawa rajuk itu tidak akan dapat memberi pelepasan untuknya bermain tetapi perubahan sikap dengan berlaku adil kepada pelajaran akan membolehkan mp dan suami mempertimbangkan penglibatan ny di dalam sukan. mp dan suami mesti konsisten dengan keputusan yang dibuat kerana jika rasa bersalah menguasai hati, lau membenarkannya bermain tanpa syarat selepas ini, usaha untuk mengajarnya membahagikan masa akan menjadi semakin susah..
wasalam.
MP...susah saya nak cakap coz tak pernah alami...anak2 saya kurang sikit aktif sukan...mudah2an anak MP akan dilembutkan hati oleh Allah untuk menerima nasihat MP...
Bila baca luahan mp ni, terasa berat tugas ibu dan guru. Dilema ..umpama ditelan matik emak, diluah mati bapak. Saya setuju dgn tindakan mp dan suami tu. Cuma perlu konsisten la supaya ammar akhirnya faham yg mana perlu diutamakan.
Akak sokong tindakan MP dan suami. Namun, marah & rajuk Ammar mungkin kurang sikit jika MP larang dia dari awal. Tentu dia hampa sangat sebab dah lama berlatih, terpilih & sampai tahap minta kebenaran baru MP tak izinkan. Dgn rajuknya sekarang, mungkin MP boleh minta seorang guru lain menasihati Ammar secara personal. Sekadar pandangan..
semasa ANAK akak UPSR dulukala,seringkali anak masuk pertandingan itu dan ini, wakil itu dan ini..sesekali terdengar suara-suara rakan2 guru ttng anak..sehingga guru kelas pun kata anak bukan calon 5A upsr...sedih memang ada...tapi akak anggap itu cabaran !!!!
Di masa2 terluang..akak duduk sebelah anak..tengok dia belajar.Dia pun ada kelas tuisyen.akhirnya UPSR dpt 5A mcm anak2 org lain..dan anak merasakan itulah pengalaman yang amat berharga di mana dia dpt kedua2..
Jadi anak mp pun mungkin boleh juga..jgn lupa masa2 terluang, duk bersama2 dia untuk memantau perkembangn pelajarnnya..InsyaAllah dia boleh berjaya..
setiap masa terluang beri perhatian pada pelajaran.. dia tu aktif dalam sukan....
Memang serba salah klu jadi MP sbb mengajar lg di sklh tu serta ada juga msk kelas Ammar jugak,kita sbgi ibu bapa memang nak anak cemerlang dlm pelajaran dan klu boleh nak mereka seimbang semua dlm pelajaran dan koko....
Berat jugak dilema yang Mp hadapi ni,ummi doakan mMp dan suami dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin.
Semoga masalah kak MP dapat diselesaikan dgn baik.. amin
salam..kesian kat akak.memang delema jadi ibu kalo anak2 abaikan tanggungjawab dlm pelajaran.mcm sahabat lain katalah,mungkin blh bawa berbincang dgn ammar.susah jg nak menghalang minat ank2. all the best kak..semoga dapat jln penyelesaian..
Yati rasa, Kak Ina dah buat keputusan yang betul. Kena concentrate belajar kan, tahun ni upsr. Doakan sebagai ibu ye kak. Atau mungkin Kak Ina atau husband boleh slow talk dengan Ammar. Harap semua akan ok.
sy cuba meletakkan diri sy ditempat akk.sedih je baca entri ni..sy setuju dengan kak salmi rajuk ammar mungkin kurng klu akk melarang dr awal..
apa pun rajuk ammar akk tak boleh biarkan berterusan..bimbang pula terus hilang fokus dan minat dlm pelajaran..ammar sendiri yg rugi.
eloklah bawak berbincang dalam keadaan tenang dan suarakan apa yg akk rasa.walapun ammar masih budak sy fikir mesti ammar akan faham.pelajaran lebih utama.cuma akk kena psiko dia sikit..
semoga masalah nie selesai dengan baik..:)
Mama pun sedih dengar..walau bagaimana pun cuba lah cari pendekatan yg terbaik untuk mendekati dan menasihati dia..Apa2 pun yang kita nk buat pelajaran mesti d dulukan..Hati dan perasaan dia perlu di jaga juga..Jangan sampai dia betul2 protes.takut dia hilang minat pada pelajaran..buat lah yang terbaik..ok..mama doakan..
Salam Cikgu.
Lama x kesini.. Harap Cikgu sehat Dan kulit muka dah sembuh.
Kakya paham perasaan seorang ibu Dan juga sebagai guru kepada anak sendiri. Berkeras sgt nanti dia memberontak, kalau di ikutkan pulak..tak terkawal.. Semua ibu bapa manukan yang terbaik, lebih lagi dlm pelajaran.
Harap Ammar tidak terlalu kecewa. Bila dah besar nanti dia Akan tahu kenapa ibunya berkeras.. InsyaAllah .. :)
untuk masa depan anak ,kita perlu berkorban hati dan perasaan... mungkin hari ini dia anggap kita tak berlaku adil...tapi insyaallahh..bila tiba waktunya,dia akan berterima kasih atas ketegasan kita.teruskan nasihat dan slowtalk seadanya..hari ini dia memberontak..itu hak dia.namun kita sebagai ibu,terpaksa melakukan yang terbaik untuknya.sabar dan doa adalah jalan terbaik untuk anak yg tersayang.....
MP,
Saya setuju dgn puan sal... Rasanya itu yg terbaik utk MP pertimbangkan... saya nak bg pendpt lebih2 pun anak sy masih kecil... Insya'Allah Ammar akan jd anak yg berjaya dunia & akhirat... Doa saya... :)
wah kak berat ni....kalau saya kat tempat akak pun mungkin saya buat keputusan yg sama.kesedaran tu mesti dtg drpd mereka sendiri.insyaallah nanti dia akan faham sendiri bila dia dah makin matang.doa saya semuanya baik2 belaka...
MasyaAllah MP, saya amat memahami apa yg sdg MP alami krn farouk juga dh nmpk ciri2 sebegitu..Selama ini sy sering diulit dgn mimpi indah2 ttg prestasi 4F yg sering cemerlang. Bila dpt seorg bujang ni sy trsentak, xtau nk ckp apa...apa yg kita ckp seolah2 mcm mencurahkan air ke daun keladi..prestasi farouk pn xbegitu memuaskan hati..
Sebagai ibu, kita mmg punya 1 perasaan kesian pd anak..xsmpai hati trkdg utk menghampakan hrpan n keinginan mrk..dan kita juga seorg guru trkdg segan bila anak sndiri xmampu kita olah sprti anak org lain..
Apapun MP lakukan yg trbaik utk ammar..InsyaAllah, semoga Allah lembutkan hati anak2 kita n semoga Ammar mampu meraih kecemerlangan sprti yg diharapkan....amin...
Catat Ulasan
terima kasih daun keladi....