Dua mnggu lepas, ujian bulanan diadakan di sekolah.Setiap kali periksa, memang Mp akan berdebar2 menunggu keputusan exam anak2...Ada subjek yg dia orang ok sangat..dan ada jugak yang sedang2..
Kali ini, Mp nak berkongsi pasal kertas penulisan si bongsu Mp..(Muhammad Hamiz.)
Soalan Penulisan utk murid tahun 3 taklah susah sangat...memang sesuai dgn tahap dia orang.
Dan pada exam baru2 ni, Hamiz memilih utk menjawab soalan 'Cita-cita Saya'..
Nak tahu apa2 cita-cita Hamiz????
Mp pun terkejut jugak bila baca karangan yg dia tulis...Memang tak sangka betul...
Okehhh, sedikit petikan jawapan penulisan Hamiz..(Mp ambil 2 perenggan sahaja)
Saya bercita2 utk menjadi ustaz kerana ustaz boleh mengajar tentang agama..Ustaz juga boleh mengajar tentang para nabi dan juga tentang malaikat. Menjadi ustaz juga boleh mengajar orang sembahyang dan mengaji Quran.Ustaz juga boleh mngajar orrang tentang rukun Iman dan juga rukun Islam.
Perenggan terakhir....
Sebenarnya saya ingin menjadi polis, tetapi saya tak kuat berlari. Sebab itulah saya mengambil keputusan utk jadi ustaz....
Adoiiiiii...ayat utk perenggan terakhir itu membuatkan Mp gelak terbahak2......Sian Hamiz,...cita2 nak jadi polis terpksa ditukar gara2 badannya yg agak montel...
Tapi, Mp tak sangka dia boleh menulis macam tu..kalau kawannya rata2 mahu menjadi guru, doktor dan saintis...tapi dia pulak lain dari yg lain...Terharu jugak bila baca pasal cita2nya...
Mp berharap agar cita2nya menjadi kenyataan......Mp memang sokong 100% cita-citanya.....
Pak Zain Dan Suami SA Demam Teruk
3 jam yang lalu