Sabtu, 2 Jun 2012

SEMUANYA KERANA DIA....

Sabtu, 2 Jun 2012
Tensen jugak dgn si bongsu ni....macam2 karenah dan makin mngada2 pulak...Seminggu yg lepas, konon2nya dia buat pertandingan membaca dgn Mp..Sape yg cepat habis dikira menang dan yg kalah kena belanja ais cendol...Yang tu tak kisahlah...Setakat ais cendol, sepuluh pun Mp boleh belanja...Tapi yang gerammmmmmnya, spnjang temph prtndingan tersebut, Mp tak boleh buka blog...tak boleh tulis apa2..Itu syaratnya..Dia kata, kalau Mp buka blog,tentu Mp tak akan habis baca buku...Pandai2 jer dia..
Tapi Mp curi2 jugak buka masa dia tidor..(opsss tak boleh tulis lebih2 coz dia sllu baca blog Mp)
Dah hampir smnggu Mp jarang2 bw dan tak up date...
SEMUANYA KERANA DIA...

Okehhh...yg tu Mp boleh berkompromi lagi..yg paling tak tahan, dia suruh kita baca buku bersamanya...
Bila dia buka jer buku...terus pnggil kita utk baca bersamanya.....Kita dah habis 10 muka surat, dia baru 3...Lepas tu mulalah dia kata kita langkau....

Semua kerja tertangguh KERANA DIA....
Ini buku yg WAJIB Mp habiskan spnjng pertandingan tersebut...Buku ni hadiah drpa dia orang jugak..

Karya ABDUL LATIP TALIIB . Penulis Novel Sejarah No. 1 di Malaysia...
Buku ni memang best...kebetulan Mp memang minat dgn karya beliau...
Agak tebal jugak...706 m/s.
Air mata mengalir jugak saat membaca buku ni..Betapa hebatnya dugaan yg diterima oleh Rasulullah (SAW) dalam mgembangkan agama ALLAH...
Sedikit sinopsis buku ni..
Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya krana mahu mnunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut kekayaan, dan tidak dimulakan hnya kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci dan perang pada ketika mahu mempertahankan akidah, mahu menegakkan kalimah Allah dan kerana mahu memenangkan yg benar.

Dan ini pula novel yg dibaca oleh si bongsu..
Tebalnya 343m/s...

Dan semalam dia mngaku kalah...tak nak main lawan2 lagi...Tapi yg tak tahannya, tak nak pulak belanja ais cendol tu..takut habis duit simpanannya...hihihi

Tapi Mp tetap meneruskan bacaan Mp dan Hamiz tetap meneruskan bacaannya...
Sebenarnya dia ulat buku....mana2 pergi buku tetap ditangannya....walaupun hanya komik.

Opsss....Panjng pulak ntry kali ni...!!!!!!!

p/s..kepada kawan2 yg tanya pasal buku 'JANGAN BERSEDIH' tu, minta maaf ya, Mp tak habis baca lagi..semuanya KERANA DIA....

15 ulasan:

Acik Erna berkata...

asalam MP.walaupun kerana dia..tetap layan jugak..sebab bongsu kan he he
acik pun belum habis baca buku jangan bersedih tu..padahal beli dah 5 tahun..

Aine Ainun berkata...

hihi....
Kak MP, bukan senang tau kita nak didik bebudak rajin "membaca"..

sekurang2nya kerana DIA,
akak menggalakan dia makin rajin membaca=))))

NoorVictory berkata...

Hee~ comel je! Tapi bez la sbb anak akak tuh ulat buku..;) hehehehe~

NoorVictory berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
norh berkata...

Kak, saya dah lama beli buku jangan bersedih tapi tak abih baca pun..

Norsalmi berkata...

Bagus la kalau Hamiz suka membaca.. MP kena terus berikan galakan. Bukan mudah nk pupuk minat membaca ni..

Zareda Norman berkata...

zar tgh baca sabar bila diuji by prof kamil. Bes.. Menusuk ke hati..

etuza berkata...

rajin adik tu membaca buku, kita kena terapkan amalan suka membaca. Perangi hasad dengki juga adalah perang yg benar. Insyaallah ya

Gen2Merah berkata...

alhamdulillah.. bukan semua kanak2 ada sifat suka membaca di usia sebegini.. sedangkan org dewasa pun kelat nak baca buku...

Teruskan usaha kak.. bagi sokongan apa saja yang dia buat agar hobi dia untuk membaca itu akan diteruskan dengan senang hati nya..

♥MAMASYAZA♥ berkata...

wow best, akak cukup suka kalo anak2 ada minat membaca, bagus tu. hamiz mp, nak pegi mana2 bwk buku, hamiz akak, nak pegi mana mesti bwk keta menan, yg penting, kat tangan mesti pegang sesuatu...hehehe

ieda berkata...

budak2 jarang minat baca buku tebal2 nie kan MP .. kalau kena anak akk .. huhuhu duk tepi mejalahh buku tuu ;)

Kunang-Kunang berkata...

Salam MP,

Bagus anak sama hobi dgn MP.

sal berkata...

minat membaca memang perlu dipupuk sejak di rumah lagi...truskan usaha..moga bertambah nilai2 murni dan pengetahuan yg diperoleh oleh anak2 kita..

Aju Mohit berkata...

bagusnya akak terap nilai murni membaca ni pada anak2, kalau anak2 saya suke sgt mewarna ni, sebab pompuan kot hehehhe

syiela berkata...

bagusnya dia.. siap ajak berlawan lagi.. saya pun suka camtu.. nak terapkan juga la tuk anak2 nanti

Catat Ulasan

terima kasih daun keladi....

 

Copyright © 2013 Reserved to MulutPayau
Design by Cik Kumbang